suria

“Saya ni beban ke?” - Abang askar larang bakal isteri tinggal sebumbung lepas kahwin, mahu kekal PJJ macam orang bujang

Tiada wanita yang mahu berjauhan dengan suami. -Gambar hiasan AI

HIDUP berjauhan daripada insan tersayang sememangnya bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Namun hakikatnya, perhubungan jarak jauh (PJJ) kini menjadi kebiasaan bagi ramai pasangan disebabkan komitmen kerja dan perbezaan kerjaya masing-masing.

Seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang tinggal berjauhan dengan teman lelaki, dan kemungkinan besar situasi itu akan berterusan walaupun mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Segelintir pasangan terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan AI

"Enam tahun kami kenal dan sudah bertunang dua tahun. Sepanjang lapan tahun (kenal) kami PJJ. Tarikh nikah dah dekat, lagi tiga bulan.

"Dia askar, saya orang biasa. Lepas kahwin (nanti) saya sanggup pindah negeri untuk duduk serumah dengan suami. Saya sanggup berhenti kerja sebab tak sanggup PJJ.

"Tapi bakal suami cakap, lepas kahwin saya (kena) duduk dengan keluarga dulu. Tahun depan baru dia ambil saya," tulis wanita itu.

  • Pasangan kekasih menjalani hubungan jarak jauh sejak awal perkenalan.
  • Wanita itu sanggup berhenti kerja untuk tinggal dengan bakal suami selepas kahwin.
  • Bakal suami meminta dia tinggal dengan keluarga terlebih dahulu selepas bernikah.
  • Bakal suami bekerja sebagai askar dan sering memberi alasan sibuk.
  • Netizen menyarankan agar dia menyiasat status sebenar lelaki tersebut.

Dalam hantaran sama, wanita itu mengakui dia sudah mati akal untuk mencari jalan supaya mereka dapat tinggal sebumbung selepas bernikah nanti.

"Alasan dia serabut kerja. Saya ni beban ke? Bab duit saya boleh cari sendiri. Bab masa, saya dah lali dengan kesibukan dia. Isteri ni beban ke?

"Part mana lagi yang saya kena berkorban untuk tak PJJ? Urusan kahwin semua saya buat sendiri. Tak mengeluh sebab faham PJJ dan dia sibuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak sanggup PJJ, suami berhenti kerja ‘oil and gas’ gaji 30K... Desak masuk badan beruniform, bagi alasan lebih terjamin

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”

"Saya dah tak tahu nak buktikan macam mana. Satu je saya nak, duduk serumah lepas kahwin," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen simpati terhadap wanita itu, malah ada yang meminta dia menyiasat status sebenar bakal suaminya.

"Dia tak nak duduk sekali? Maksudnya ada rutin yang dia nak sembunyikan. Enam tahun kawan, dua tahun tunang, terlalu lama.

PJJ sudah pasti lebih sukar jika pasangan itu sudah memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan AI

"Macam sesuatu bila lelaki tak nak duduk dekat dengan isteri. Pelik alasan serabut kerja.

"Maaf tanya, yakin ke bakal suami tu bujang?

"Abah saya dulu tentera berpangkat juga. Sibuk pun tak pernah sampai serabut tak nak duduk sekali dengan keluarga," tulis netizen.

Artikel Lain