ORANG luar seperti ibu bapa atau pelawat yang datang ke sekolah sepatutnya memakai pakaian sopan dan bersesuaian mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Hal itu dibangkitkan seorang wanita di Thread selepas dia melihat segelintir golongan ibu tampil dengan pakaian kurang sesuai ketika berurusan dengan guru.
Menerusi hantaran tular itu, dia menasihati para ibu supaya menyimpan sepasang pakaian yang elok untuk dipakai ketika menghadiri urusan rasmi di sekolah.
Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak pernah datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak. -Gambar hiasan AI
"Untuk mak-mak yang free hair, tolonglah sediakan sepasang jubah dan tudung untuk pakai kalau ada hari ambil report card anak di sekolah... tolonglah.
"Hari ini ambil report card anak. Nampak seorang emak ni pakai tudung bawal tak tutup dada, baju lengan pendek. Seorang lagi mak tak pakai tudung langsung dengan rambut warna-warni," tulisnya.
Dalam hantaran sama, individu itu berkata pemakaian ibu yang kurang sopan di dalam kawasan sekolah boleh menyebabkan anak-anak mereka malu.
- Segelintir ibu berpakaian kurang sopan di kawasan sekolah.
- Wanita cadang setiap ibu sediakan jubah dan tudung untuk urusan rasmi.
- Segelintir ibu dianggap tiada perasaan malu ketika berjumpa dengan guru.
- Pemakaian tidak sopan dikatakan boleh memalukan anak-anak.
- Ada netizen menganggap pemakaian tudung adalah pilihan peribadi.
"Tolonglah ada rasa malu nak jumpa ustaz atau ustazah. Jagalah air muka anak tu. Saya tengok anak-anak, muka mereka tak selesa jalan dengan mak kat kawasan sekolah.
"Anak dah besar, darjah lima dan enam, mereka dah tahu malu," tulis individu itu lagi.
Di ruangan komen, seorang lagi individu turut berkongsi cerita sama dan mendakwa segelintir wanita langsung tidak menjaga pemakaian ketika berurusan di sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pembuli demi pertahankan diri, balik rumah bapa pula belasah... Akhirnya mangsa buli dibuang sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ‘bunuh’ impian anak gadis habis SPM, tak izin sambung belajar! Suruh kerja gaji RM1,800 tampung belanja keluarga
"Sekolah anak saya, ada seorang mak tu siap bertindik hidung. Rambut warna hijau dan merah. Pakai seluar ketat gaya rock kapak 80-an.
"Dia Melayu Islam tau. Kalau awak jenis open pun, simpanlah sikit apabila masuk kawasan sekolah. Tengok pun segan. Orang pandang semacam," tulis individu itu.
Pemakaian ibu bapa yang tidak sesuai boleh menyebabkan anak mereka diejek kawan-kawan. -Gambar hiasan AI
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian berkenaan kerana beranggapan pemakaian tudung adalah pilihan peribadi seseorang wanita.
"Siapa kita nak hakimi pilihan orang? Yang perlu ditekankan adalah adab ketika menghadiri program sekolah. Pakaian sopan.
"Bertudung atau tak, tu pilihan dan kesedaran individu. Melainkan anak-anak sekolah aliran agama," komen individu itu pula.