suria

Suami isteri cuai tinggal ‘powerbank’ dalam pengering baju layan diri... Gelabah minta pemilik premis hentikan mesin

Barang seperti powerbank tidak sepatutnya dimasukkan dalam mesin pengering pakaian. -Gambar hiasan AI

SEBELUM memulakan cucian, kita perlu memeriksa pakaian dan mengeluarkan barangan yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Di Threads, seorang wanita berkata dia secara tidak sengaja meninggalkan sebuah sebuah powerbank di dalam mesin pengering pakaian.

Lebih membuatkan dia gelabah, insiden itu berlaku ketika menggunakan servis di sebuah kedai dobi layan diri.

As the temporary closure of all Courts in Malaysia forced all lawyers to stay at home, a lawyer Muhammad Firdaus Adnan, 31, helping his wife doing laundry during the Movement Control Order (MCO) at home in Taman Molek, Johor Bahru on Tuesday (March 24).

Dobi layan diri menjadi pilihan mereka yang tidak mempunyai mesin basuh di rumah. -Gambar hiasan

"Benda paling bodoh aku buat sewaktu pergi keringkan baju di dobi. Tak tahu pula laki aku letak powerbank dalam bakul baju.

"Aku pun apabila sampai kedai dobi terus masukkan baju... sekali jalan je. Tak masukkan sehelai-sehelai. Nak dijadikan cerita, aku tanya laki aku (sebab) nak pakai powerbank.

"Eh baru teringat, powerbank dalam bakul baju," tulis wanita itu sebelum dia bergegas kembali ke premis berkenaan.

  • Pengguna dinasihatkan memeriksa pakaian sebelum menggunakan mesin basuh.
  • Seorang wanita tular selepas tanpa sedar memasukkan powerbank dalam mesin pengering pakaian.
  • Kejadian berlaku di sebuah kedai dobi layan diri.
  • Dia menghubungi pemilik dobi kerana bimbang kejadian tak diingini.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman sama dan memberi tip untuk lebih berhati-hati.

Menurutnya lagi, dia turut menghubungi pemilik kedai dobi kerana bimbang berlakunya kejadian tidak diingini.

"Cepat-cepat pergi kedai dobi, call owner dobi nak hentikan mesin. Rasa macam jantung nak berhenti sekejap masa tu. Kalau tak, naya weh meletup mesin dobi," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen mendedahkan mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang pakaian dalam disentuh-sentuh, dialih di kedai dobi layan diri... Lambat beberapa minit je pun!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita serabut jiran kerap tumpang guna mesin basuh... Makin sakit hati dibuat macam kedai dobi, sumbat sampai tersekat!

"Saya tersalah masukkan telefon masa nak cuci cadar. Masa putar tu dengar bunyi. Rupanya dah 'arwah' telefon saya.

"Saya pernah alami. Mancis dalam seluar suami lupa nak keluarkan. Mujur terdetik nak periksa lepas suami masukkan dalam mesin dobi. Kalau tak, naya," tulis netizen.

Selain itu netizen turut berkongsi tip untuk mengelakkan kejadian tidak diingini ketika menggunakan dobi layan diri.

story on powerbank

Powerbank boleh meletup dan terbakar jika ditinggalkan di tempat tidak sepatutnya. -Gambar hiasan

"Lain kali jangan call owner, lambat. Boleh je buka pintu pengering tu. Bila buka, ia automatik berhenti.

"Lepas ni kena alert. Masukkan sehelai-sehelai dalam mesin dobi supaya nampak kalau ada terselit barang.

"Bahayanya sis. Alhamdulillah, untung tak terjadi apa-apa," tulis netizen lagi.

Artikel Lain