suria

Perut dah besar, tak boleh pakai stoking lepas solat... Wanita sarat hamil terkejut tiba-tiba gadis baik hati pegang kaki, tolong sarungkan

Pertolongan bagi sesetengah orang mungkin nampak kecil, namun amat bermakna ketika ia di saat-saat memerlukan. -Gambar hiasan AI

ADA kalanya satu kebaikan kecil daripada orang yang tidak dikenali pun boleh menyentuh hati, apatah lagi apabila ia hadir pada saat kita benar-benar memerlukannya.

Itulah pengalaman yang masih segar dalam ingatan seorang wanita walaupun sudah lebih tujuh bulan berlalu.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita tersebut berkata, ketika itu dia baru selesai menunaikan solat Asar di surau sebuah pusat membeli-belah.

"Aku sarat (mengandung) sangat waktu tu, lagi dua minggu je nak bersalin. Suami ajak jalan-jalan Pavilion Bukit Jalil, mana tau apabila berjalan jauh nanti akan ada bukaan.

Kekejangan kaki lazim dialami ketika memasuki trimester kedua atau ketiga. -Gambar hiasan AI

"Waktu lepas selesai solat Asar, aku duduk dekat kerusi untuk pakai stoking. Aku try kali pertama nak pakai, tapi tak lepas sebab perut dah besar sangat.

"Apabila tak berjaya tu, aku pun rehat sekejap sebab mengah. Tiba-tiba ada perempuan muda ni, masuk ke surau. Tahu tak dia buat apa?

"Dia laju-laju lari dan tunduk ke kaki aku, ambil stoking dan dia literally tolong aku pakaikan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pin tudung buat hati wanita berbunga-bunga... Lega hamba Allah baik hati muncul di surau, dapat solat Maghrib sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Cina kusut, hanya ada RM3 nak beli minyak kereta balik Tanjong Malim... Mujur ada hamba Allah baik hati, tolong isi ‘full tank’

Tersentak dengan tindakan spontan insan yang sama sekali tidak dikenalinya itu, wanita tersebut gagal menyembunyikan rasa terharu dengan kebaikan hati gadis tersebut.

"Aku macam malu juga, tapi dia cakap... tak apa kak, sebab kakak saya dekat rumah pun pregnant.

"Bayangkan, seorang stranger pakaikan stoking untuk kita. Pegang kaki dan tolong pakaikan. Baiknya dia itu, tak padam dalam ingatan.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika sarat mengandung, hanya dua minggu sebelum bersalin.

  • Dia sukar memakai stoking selepas solat Asar di surau sebuah pusat membeli-belah kerana perut terlalu besar dan badan letih.

  • Seorang gadis tidak dikenali tiba-tiba datang membantu memakaikan stoking tanpa diminta.

  • Gadis itu berkata dia memahami keadaan kerana kakaknya juga sedang hamil.

  • Perkongsian itu menyentuh hati ramai netizen, yang turut berkongsi pengalaman dibantu orang asing semasa hamil.

"Kepada perempuan baik itu, terima kasih ajarkan aku yang rupanya ramai lagi manusia baik bertebaran di bumi ini," luahnya sambil menitipkan doa buat insan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama meluahkan rasa tersentuh dengan kisah berkenaan dan dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi cerita masing-masing.

Netizen turut berkongsi kisah masing-masing di ruangan komen.

"Tahun 2022, saya mengandung anak sulung, kandungan 36 minggu dan kemalangan. Trak askar stop sebelah saya, papah ke tepi. Terima kasih encik askar. 

"Lepas bersalin caesarean, suami keluar kejap. Ada nurse tu masuk tengok saya tak pakai stoking, dia terus sarungkan dekat kaki saya.

"Seronok masa pregnant ramai orang baik layan kita macam princess," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain