SEORANG wanita meluahkan rasa kesal selepas bayinya dimasukkan ke hospital gara-gara tertelan rokok.
Dalam hantaran di Thread, wanita itu mendakwa ia berlaku disebabkan kecuaian suami meletakkan rokok di tempat tidak sepatutnya.
"Anak aku masih bayi, umur kurang setahun. Kena masuk hospital, ditahan di wad gara-gara termakan rokok laki aku letak merata-rata.
Segelintir lelaki tidak berhenti merokok walaupun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. -Gambar hiasan
"Macam mana boleh tahu anak makan rokok tu? Sebab tiba-tiba anak merengek semacam, lepas tu suap makan dia macam nak muntah.
"Bila tengok CCTV dalam rumah, rupanya dia makan rokok ayah dia. Anak buka dan makan rokok yang baharu," tulis wanita itu.
Dalam hantaran sama, dia turut meluahkan rasa sedih melihat si kecil itu terpaksa menanggung derita ketika menerima rawatan.
- Anak tunjuk tanda pelik ketika disuap makan.
- Isteri tahu kejadian sebenar selepas periksa CCTV dalam rumah.
- Rakaman tunjuk anak tertelan rokok yang diletak merata-rata oleh bapa.
- Sedih anak terpaksa dicucuk dan diambil darah.
- Netizen harap si bapa insaf dan berhenti merokok.
"Korang rasa aku patut marah ke tak? Tak pasal-pasal anak aku kena cucuk masuk jarum, ambil darah bagai semua. Sakit dia, tahu tak?
"Masuk hospital sebab alasan tak munasabah aku rasa. Gara-gara kelalaian orang lain puncanya. Dia elok-elok sihat je tapi masuk hospital sebab ni.
"Bila orang tanya, serba salah nak jawab. Mujurlah ada CCTV boleh tengok balik, kalau tak memang tak tahu," tulis wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikelilingi ramai perokok, wanita tak merokok tanggung derita 4 kali paru-paru kena tebuk
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga hampir bergegar gara-gara sekotak rokok! Peminat misteri letak depan cermin kereta suami - “Dah tiada maruah ke?”
Menurut wanita itu lagi, suaminya tidak menhisap rokok biasa.
Berdasarkan foto yang dikongsi wanita itu, suaminya dipercayai menggunakan peranti pemanas tembakau yang digunakan bersama rokok khas.
"Rokok dia jenis mahal, bila hisap tak keluar asap. Guna sekali dengan device. Rokok tu tak keluarkan asap dan bila hisap, tiada puntung rokok sebab dah filter guna device tu.
"Dia bapa bertanggungjawab. Banyak hal anak dia urus, suami provider, family man. Cuma susah berhenti merokok. Entah macam mana kotak rokok tu boleh terjatuh dalam playpen anak," tulisnya lagi.
Bayi dan kanak-kanak cenderung untuk memasukkan benda asing ke dalam mulut mereka. -Gambar hiasan
Menjawab pertanyaan netizen, wanita itu berkata anaknya kini berada dalam keadaan baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berharap suami kepada wanita itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan tidak lagi merokok pada masa akan datang.
"Mohon laki sis berhenti merokok. Tak datang manfaat pun rokok ni.
"Saya doakan suami awak berhenti rokok di sebabkan kejadian ni.
"Mungkin (kejadian ini) jadi turning point untuk dia berhenti merokok. Saya doakan," tulis netizen.