SEORANG pekerja kedai serbaneka meluahkan rasa kurang senang selepas berdepan satu kejadian dianggap menjijikkan ketika sedang bertugas.
Dalam satu hantaran dibuat di media sosial, dia mendakwa seorang kanak-kanak lelaki selamba membuang air kecil di dalam premis berkenaan.
Lebih mengejutkan, kejadian itu disaksikan sendiri oleh ibu dan beberapa ahli keluarga si kecil.
"Hari ni saya rasa sangat tak puas hati. Anda semua, itu (rakaman video) adalah air kencing dari salah seorang anak pelanggan saya.
Kedai serbaneka sering menjadi tumpuan seisi keluarga untuk membeli barang keperluan harian. -Gambar hiasan
"Saya rasa mungkin anda semua akan cakap dia terkencing tapi kali ini dah tak boleh (cakap) macam tu," ujarnya.
Menurut staf berkenaan, ketika kanak-kanak tersebut membuka seluar untuk kencing, si ibu dan ahli keluarga lain hanya melihat tanpa menghalang tindakannya.
Selepas itu, air kencing hanya dibiarkan bertakung dan ibunya sempat menghulurkan wang sebanyak RM8, dipercayai upah mencuci.
"Budak tu buka seluar dan kencing di hadapan ibu dia dan beberapa orang sepupunya saya rasa.
"Dia minta maaf dan beri saya RM8 untuk cuci semula kencing tu," jelasnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kena buang pandai-pandailah ya” - Anak staf kena sawan, pengurus kedai serbaneka tak bagi EL
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gelisah disangka nak rompak kedai! Selepas curi dengar perbualannya dengan cashier, wanita terus masuk kereta menangis
Menerusi video [Tonton sini] yang dikongsi, dapat dilihat takungan air, dipercayai kencing di lantai kedai tersebut.
Perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang marah dah kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tidak tahu mendidik anak serta tidak bertanggungjawab.
- Kanak-kanak lelaki selamba kencing dalam kedai diperhatikan ibu dan ahli keluarga.
- Pekerja kedai kecewa kerana terpaksa bersihkan najis tersebut.
- Dia hanya diberi RM8 upah cuci air kencing.
- Netizen marah dan kecam sikap ibu bapa yang tak tegur atau ambil tindakan.
- Ramai anggap RM8 tak setimpal, cadang ibunya patut bersihkan sendiri atau bayar lebih.
Dalam pada itu ramai yang menganggap RM8 itu tidak memadai malah ada yang menyifatkannya sebagai satu penghinaan.
"Dia bagi RM8 okay la. Dulu saya kena lap muntah budak-budak. Mak bapa bawa anak keluar macam tu je.
"RM8? Kalau bagi RM88 sekali pun... perangai jenis apa ni. Kau kencing dekat tempat orang, di kawasan awam. Tak adanya nak 'ong' bagi RM8 tu.
Komen beberapa netizen di media sosial.
"Jangan ambil duit tu tapi minta mak dia bersihkan lantai. Kalau dia tak boleh buat macam tu, minta dia bayar sekurang-kurangnya RM50 untuk tukang cuci buat.
"RM8 (jumlah) tu satu penghinaan! Mak dan anak juga kurang ajar. Memalukan," komen beberapa warganet.