DALAM kesibukan masyarakat hari ini, nilai empati dan keprihatinan terhadap individu lain sering dipinggirkan.
Ketika ramai memilih untuk mementingkan diri sendiri, masih ada insan berhati mulia yang tidak teragak-agak untuk membantu orang lain meskipun tidak diminta, sekali gus membuktikan bahawa sifat kemanusiaan masih wujud.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang individu terpanggil untuk berkongsi kisah mengenai adik bongsunya agar dapat dijadikan teladan bersama dalam memahami nilai ihsan yang sebenar.
Jururawat sentiasa memastikan kebajikan pesakit terpelihara. -Gambar hiasan
"Masa mak kami warded, aku dengan dia ada task (tugas) masing-masing. Dia jaga mak aku dekat wad, aku in-charge beli segala keperluan yang mak aku nak.
"Satu hari lepas waktu pejabat, aku pegi wad macam biasa nak tengok mak. Tiba-tiba mak cerita, tadi Jiroh (adik) basuh berak makcik depan tu.
"Aku macam tercengang. Masa tu adik aku ke hulu ke hilir menyuap pesakit-pesakit yang duduk sorang-sorang. Mak aku kata, makcik tu terkucil lepas tu terberak atas lantai.
ARTIKEL BERKAITAN: Perut dah besar, tak boleh pakai stoking lepas solat... Wanita sarat hamil terkejut tiba-tiba gadis baik hati pegang kaki, tolong sarungkan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai hati biar OKU buta naik LRT tanpa teman, wanita korban masa tempuh 18 stesen - “Bukan riak, tapi nak sebar kesedaran”
"Daripada panggil nurse, adik aku tolong kutip ye najis dan bawa makcik tu pergi tandas," ceritanya.
Ketika ditanya mengapa berbuat demikian, adik bongsunya itu hanya memberikan jawapan yang ringkas namun cukup untuk membuatkan dirinya kagum.
"Adik aku cakap, misi (nurse) banyak kerja lain nak buat. Sebab tu dia tolong cuci.
"Dan satu hari, aku nak belikan breakfast untuk mak dan adik aku. Adik aku pesan belikan tiga bungkus nasi.
"Aku tanya siapa nak makan satu lagi? Dia kata makcik depan katil mak pun nak makan juga," kongsinya lagi.
Seorang kakak berkongsi kebaikan adik bongsu yang menjaga ibu mereka di hospital.
Adiknya sanggup kutip najis pesakit warga emas dan bantu bawa ke tandas kerana memahami tugas jururawat yang sibuk.
Dia juga menyuapkan pesakit lain dan belikan makanan lebih untuk makcik di katil bersebelahan.
Si kakak mendoakan kesenangan buat adiknya ketika bersalin anak sulung, tanpa ibu di sisi yang sudah 'pergi'.
Netizen tersentuh dengan keikhlasan adik individu tersebut dan memuji nilai kemanusiaannya yang tinggi.
Namun kebaikan itu bukanlah satu-satunya yang tersemat dalam ingatan si kakak.
Individu itu turut mengimbas kembali detik penting dalam hidup adiknya iaitu saat bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung ke dunia, tanpa kehadiran sosok ibu kandung mereka yang telah meninggal dunia.
"Masa adik aku nak bersalin, aku keep on doa pada Allah, kurangkan kesakitan yang adik aku rasa.
"Sudahlah masa tu mak kami dah pergi tinggalkan kami. Adik aku beranak sulung. Tak ada pengalaman. Alhamdulillah semuanya lancar.
"Moga asbab kebaikan adik aku menjaga kebajikan orang-orang yang memerlukan di sekeliling dia, dibalas dengan kebaikan dunia dan akhirat," akhirinya.
Netizen tersentuh membaca perkongsian individu berkenaan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkagumi keperibadian adik bongsu individu berkenaan malah mengakui ketulusan hatinya membuka mata mereka mengenai nilai empati.
"Apalah amalan mak awak masa mengandungkan adik awak sampai melahirkan anak sebaik ni.
"Allahuakbar! Mulianya hati adik awak. Nilai kemanusiaan dia sangat tinggi. Semoga amalan baiknya jadi ladang pahala berterusan.
"Terlambat baca post ni. Menitik air mata. Hebatnya adik awak," demikian antara komen netizen.