suria

Stres disuruh tambah anak, wanita 'sekolahkan' ibu kandung zaman dah berubah... Senarai hujah panjang lebar!

Cabaran kehidupan masa kini menyebabkan kebanyakan wanita enggan memiliki ramai zuriat. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa kerana sering didesak untuk menambah bilangan anak oleh ibunya sendiri.

Geram dengan situasi dialami, dia yang kini mempunyai dua cahaya mata 'membentangkan' situasi hidup masa kini yang menyebabkan dia enggan menurut kehendak ibunya.

"Mak aku asyik bising sebab aku anak dua je, dia suruh tambah.

"Mak aku beranak ramai, dia asyik bandingkan aku dengan dia dulu-dulu.

Menjaga anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

Menjaga anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

"Aku okay lagi kalau dengar sekali dua, apabila selalu bising, aku pun jadi serabut pula," ujarnya menerusi hantaran di Thread.

Dia kemudian membandingkan situasi dahulu dengan masa kini sehingga membuatkan ibunya terdiam dan hilang kata-kata.

"Mak dulu boleh beranak ramai, tepi rumah boleh tanam ubi kayu, sayur... tak ada lauk, boleh je nak petik pucuk-pucuk paku area rumah.

"Kitaorang dulu duduk kat kampung, rumah pun ayah buat sendiri, tak ada loan rumah dan kereta. Semua cash.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat urus kembar sendirian, wanita beri amaran enggan tambah anak... Siap bentang perangai buruk suami, tak bertanggungjawab!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik ajak tambah anak tapi pemalas! Wanita minta kaum isteri fikir dulu emosi, kesihatan mental sebelum setuju

"Sekarang ni rumah pun tak nampak tanah, loan rumah, kereta lagi," ujar wanita ini kepada ibunya.

Bukan itu sahaja, dia turut mengingatkan bahawa ibunya dahulu tidak membesarkan anak-anak seorang diri. 

Tugasan itu turut digalas oleh dirinya sendiri dan adik-beradik yang lebih dewasa termasuklah kerja-kerja menukar lampin dan menidurkan bayi.

Jelasnya, situasi tersebut berbeza dengan sekarang kerana dia tidak mahu anak-anaknya memikul beban yang sama.

  • Ibu desak tambah anak, banding dengan zaman dulu.
  • Kos hidup sekarang tak sama, semua kena bayar dan berhutang.
  • Dulu anak yang besar jaga adik, sekarang ibu urus semua sendiri.
  • Mak dulu sempat ‘me time’, sekarang ibu 24 jam dengan anak.
  • Harap mak faham, bukan terus banding dan tekan.

"Mak jangan buat-buat lupa pula, (dakwa) mak jaga seorang diri. Kita ingat lagi mak 'meroyan' marah-marah kitaorang hanya sebab tak bawa adik keluar main sekali.

"Kitaorang yang hari-hari kena buat susu, basuh berak, basuh kain lampin adik, tidurkan adik.

"Kita tak nak anak-anak yang besar ni galas tanggungjawab jaga adik macam kitaorang kena dulu," luahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila dia menyentuh tentang bagaimana cara ibunya mempunyai masa untuk diri sendiri. 

Suri rumah cenderung mengalami tekanan perasaan ketika menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan

Suri rumah cenderung mengalami tekanan perasaan ketika menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, ibunya seolah-olah mempergunakan anak yang lebih dewasa untuk menjaga adik-adik bagi membolehkan diri berehat atau 'me time'.

"Mak biar je kitaorang bawa adik keluar pergi main basikal, zero point, baling selipar, jadi mak boleh me time dan pergi lepak rumah kawan.

"Mak-mak sekarang sentiasa 'angkut' anak-anak, mana boleh biar anak sendiri... tak selamat macam dulu.

"Dulu-dulu anak pergi sekolah, ngaji semua sendiri, sekarang mak-mak jadi 'supir' (pemandu), kena pandai urus masa untuk memasak," tambahnya, sekali gus menegur sikap ibunya.

Warga maya turut melalui situasi sama.

Meskipun beranggapan cara teguran tersebut kasar, namun dia berharap ibunya memahami dan tidak lagi memintanya menambah anak.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya golongan ibu yang turut merasakan tekanan sama. 

Ramai bersetuju bahawa menjadi ibu pada era ini memerlukan lebih banyak tenaga mental, emosi dan fizikal berbanding zaman dahulu.

"Zaman sekarang ni, dua orang dah memadai, ramai-ramai pun kalau kita tak ada kudrat nak rawat dan jaga pun tak boleh juga.

"Berbeza dengan saya, parents cakap cukuplah anak dua je, terseksa diaorang tengok saya hadap macam-macam dugaan.

"Terbalik pula dengan mak saya, dia tak bagi dah tambah anak sebab dia kata mak penat tengok anak hang ni buas sangat," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain