GOLONGAN peniaga pasti gembira apabila memiliki pelanggan tetap.
Namun kadang kala ia boleh menjadi punca pelbagai masalah seperti mana dialami wanita ini.
Berkongsi pengalaman di laman Thread, peniaga kek keju ini meluahkan rasa malu dan kecewa apabila dia dilihat seperti pengemis kerana menagih duit bayaran daripada seorang pelanggan.
"Betullah orang kata, jangan percaya sangat dengan regular customer ni.
Ramai pelanggan gemar menempah kek mengikut tema tertentu. -Gambar hiasan
"Contohnya jadi macam inilah, kita boleh je halalkan makanan yang mungkin tak berasa 'sen' bagi dia tu.
"Kita yang jadi tak sedap apabila nak meminta banyak-banyak kali ni," luahnya sayu.
Menurut wanita ini, makanan yang ditempah telah pun diserahkan pada 25 Julai lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit dalam akaun dah tolak tapi peniaga burger dakwa tak dapat bayaran... Guna alasan tidak terima notifikasi SMS
ARTIKEL BERKAITAN: Seram dapat 'order' pelanggan 'perfectionist'! Pembuat kek anxiety, sukar tidur malam... Banyak komen tapi makan habis
Namun sehingga Sabtu lalu, pelanggannya masih belum membuat sebarang bayaran.
Dolak dalih pelanggan terbabit membuatkan suami kepada wanita ini turut campur tangan bagi memastikan bayaran dibuat.
"Apabila suami dapat tahu, dia chat sendiri, lain pula jadinya.
- Peniaga kek kecewa pelanggan tetap tak bayar selepas ambil tempahan.
- Makanan dah diberi sejak 25 Julai, tapi bayaran masih tertunggak hingga 2 Ogos.
- Suami peniaga terpaksa campur tangan, beri amaran tegas sebab isteri tengah mengandung.
- Pelanggan beri alasan dan senyap bila ditanya — janji tinggal janji.
- Netizen sokong peniaga, pesan jangan lembut sangat walau pelanggan tu ‘regular’.
"Dari 25 Julai sehingga 2 Ogos tak ada payment," tambahnya yang turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama pelanggan terbabit.
Dia yang bimbang situasi sama berulang, menegaskan supaya bayaran dibuat sepenuhnya sebelum penghantaran dilakukan.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, pelanggannya telah berjanji untuk membuat bayaran.
Mesej antara suaminya dan pelanggan terbabit.
Namun pada Rabu lalu, mesej yang dihantar hanya dibaca oleh pelanggannya tanpa memberi maklum balas.
Susulan itu, suaminya menghantar mesej yang bernada tegas dan marah bagi memastikan bayaran dibuat.
"Tolong eh bayar, isteri aku penat tau buat makanan tu dengan dia pregnant lagi.
Warga maya menasihatinya supaya sentiasa mengambil duit tempahan terlebih dahulu.
"Makanan tu jadi darah daging kau tau tak, jangan sampai aku pergi rumah kau nanti," tulisnya.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ramai yang menasihatinya supaya tegas tentang bayaran meskipun pembeli adalah pelanggan tetap.
"Dah la berhutang, tak ada adab. Dia pula yang naik angin.
"Pernah kena situasi sama semasa berniaga makanan dulu. Dia yang buat kumpulan tempahan tapi tak nak dahulukan duit sendiri untuk bayar kita.
"Pelanggan tetap pelanggan walaupun regular... bayaran mesti on the spot, jangan tangguh-tangguh. Dah jadi tahi pun tak reti nak bayar," demikian reaksi warga maya.