suria

Patutlah cashier pasar raya mesra semacam, rupanya taktik 'paw' pelanggan! Sebut 'CCTV' terus gelabah

Pelanggan perlu kira dengan betul jumlah wang yang dibayar jika membuat bayaran secara tunai. -Gambar hiasan

BUKAN semua orang yang luarannya nampak baik itu boleh dipercayai kerana ada kalanya kemesraan atau kebaikannya cuma palsu, hanya untuk tutup niat yang sebenarnya jahat.

Seorang wanita menceritakan bahawa dirinya pernah berdepan individu sebegitu di sebuah pasar raya besar di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut wanita tersebut, kejadian berlaku sekitar 2019, di mana dia sering ke pasar raya berkenaan untuk membeli banyak barang dalam jumlah besar bagi tujuan perniagaan.

"Dulu saya selalu pergi pasar tu untuk beli barang niaga. Kemudian masa nak bayar tu kan cashier (juruwang) selalu cakap tak cukup lagi RM100 atau RM150 macam tu.

Perhatikan betul-betul barang dibeli dan kira jumlah duit sebelum membuat sebarang pembayaran di kaunter. -Gambar hiasan

"Saya beri layanan baik sebab dia selalu ajak berborak masa tengah buat pembayaran tu," kata wanita itu menceritakan situasi yang sehingga kini kekal dalam ingatannya.

Difahamkan, juruwang itu pernah meminta nombor telefonnya untuk membuat tempahan makanan yang dijual selepas kerap melihat wanita itu membuat pembelian.

Namun pada satu hari, wanita tersebut menerima mesej daripada juruwang terbabit yang mendakwa wang yang dibayar ketika membeli barang pada hari sebelumnya tidak cukup RM40.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta 'free dessert' pula

ARTIKEL BERKAITAN: 30 minit tiada pembeli, cashier hampir terlelap... Pemuda ramal beberapa kedai bakal terkubur, bisnes online ‘sapu bersih’ pelanggan

"Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu dia mesej saya cakap duit yang dibayar untuk beli barang semalam tak cukup RM40. Lepas tu dia (dakwa) kena ganti guna duit sendiri.

"Pada hari dia mesej tu, terus saya jadi pelik. Dia ni nak scam aku ke? Terus saya teringat kejadian masa nak bayar (di kaunter), selalu dia cakap duit saya bagi tu tak cukup.

"Saya percaya je sebab dah penat. Saya bagi ikut jumlah dia cakap kurang tu. Saya dah syak, cuma saya bodoh sikit mungkin terlalu percayakan orang baru kenal," jelasnya.

  • Wanita dakwa juruwang pasar raya kerap kata duit tak cukup walaupun dah bayar penuh.
  • Juruwang didakwa bersikap mesra sebagai helah dan pernah minta nombor telefon untuk tempah makanan.
  • Dia mula curiga selepas terima mesej kononnya bayaran dibuat pada hari sebelumnya kurang RM40.
  • Lepas minta semak CCTV,  juruwang terus gelabah.
  • Insiden itu jadi pengajaran buat peniaga.

Wanita itu berkata, pada masa itu sistem pembayaran tanpa tunai seperti imbasan kod QR belum lagi digunakan secara meluas.

Sebaliknya, pelanggan dan peniaga masih menggunakan wang tunai, menyebabkan rekod transaksi sukar dikesan tanpa rakaman.

Namun selepas mengesyaki juruwang berniat jahat dan tak jujur, dia bertegas untuk melihat dulu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum bersetuju menggantikan semula duit yang didakwa tidak cukup.

Peniaga berdepan dengan pelbagai ujian dalam berniaga. -Gambar hiasan

"Masa nak bayar tu saya rasa dah kira dan sudah cukup. Sampai dekat tangan dia, selalu cakap kurang. Lepas kejadian dia minta duit melalui mesej tu saya dah mula bijak dah.

"Saya cakap nak tengok CCTV dekat kaunter tu betul ke saya salah bagi. Kalau betul, saya ganti balik duit tu.

"Bukan apa... sebab ini bisnes kakak saya. Saya cuma pekerja je. Lepas tu terus dia gelabah," ujarnya mengakhiri perkongsian.

Artikel Lain