SUAMI durjana bukan ada dalam drama atau filem semata-mata, sebaliknya lelaki seperti itu memang wujud dalam dunia realiti.
Menerusi satu perkongsian di Thread, seorang pramugari berkongsi kisah menyayat hati yang disaksikan sendiri ketika bertugas semasa perjalanan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Pramugari itu berkata, seperti biasa dia menjalankan tugas menyemak tiket penumpang sebelum menghidangkan makanan yang ditempah kerana ia merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat penerbangan.
Menyemak tiket penumpang di dalam kapal terbang antara tugas pramugari. -Gambar hiasan AI
Kisah bermula apabila dia mahu memberikan makanan kepada seorang penumpang lelaki berumur lingkungan 50-an yang duduk di sebelah isterinya.
"Masa aku tengah hidang makanan, aku minta 'boarding pass' (tiket penerbangan) kat pakcik tu dan isteri dia elok-elok.
"Dia bagi je, tapi isteri dia tengah korek-korek handbag cari 'boarding pass', tapi tak jumpa.
"So aku cakap, makcik tak pe boleh saya dapatkan nama penuh makcik? Dia tak dengar kot. Aku ulang lagi sekali, dia masih korek-korek beg dia, mungkin tak dengar sebab pressure dalam kapal," kata pramugari itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami lempang isteri di pusat beli-belah dirakam video ‘live’, polis buru pelaku
ARTIKEL BERKAITAN: Suami pandang rendah lepas isteri berhenti bekerja... Asyik mengungkit, berkira sebab dah tak bantu sara famili
Namun, apa yang berlaku selepas itu ternyata membuatkan dirinya terkedu.
"Pakcik tu pukul kepala isteri dia yang sedang tunduk-tunduk cari 'boarding pass', dia pukul guna pasport yang dia sedang pegang.
"Aku terkedu tak terkata apa-apa. Makcik tu tak melawan pun, lepas tu aku nampak mata dia berair, menangis sambil tunduk.
"Aku dengan rasa serba salah terus letak makanan dia atas meja makcik tu. I feel you, makcik," katanya.
- Seorang pramugari memeriksa tiket penumpang sebelum mengagihkan makanan yang ditempah.
- Isteri kepada seorang penumpang sibuk mencari tiket di dalam begnya, tak dengar apa dikatakan pramugari.
- Suami wanita itu bertindak memukul kepalanya menggunakan pasport yang kebetulan sedang dipegang.
- Si isteri malu tapi tidak melawan, namun bergenang air mata.
- Pramugari mempertikaikan layanan buruk suami terhadap isterinya.
Mengaku terkesan melihat kejadian itu, dia bertanya adakah seorang wanita bergelar isteri layak dilayan seperti itu oleh suami.
"Macam tu ke kehidupan jadi isteri? Aku faham la perempuan kena hormat suami, syurga di bawah tapak kaki suami.
"Tapi boleh ke buat isteri macam tu? Sedih aku tengok, kalau tu mak aku, aku rela tak ada bapa," katanya.
Menjawab persoalan netizen mengenai pemeriksaan tiket penerbangan sebelum menghidangkan makanan, pramugari itu berkata dia perlu melakukannya kerana terdapat penumpang yang menukar tempat duduk.
"Sebab flight Jeddah ni penumpang tukar-tukar tempat duduk, mereka tempah makanan lain-lain dan ada juga yang tak 'book' makanan.
"Jadi nak pastikan la sama ada dia duduk di tempat yang betul," katanya.
Reaksi warga Thread
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui seorang suami tidak wajar melayan isteri dengan kasar malah perlu saling menghormati.
"Memang wujud suami macam tu. Kawan-kawan dan orang luar, semua pakat puji. Dalam rumah, anak bini je yang kenal perangai sebenar dia.
"Kalau aku la, memang aku hempuk balik muka laki tu. Dosa belakang cerita, pantang betul lelaki main tangan ni.
"Aku lelaki pun tak nafikan, memang ada lelaki macam tu, tapi tak boleh pukul ratalah.
"Ni jenis kepala angin. Senang je nak test lelaki ni, masa drive.
"Kalau dia kuat mengamuk, kereta lain salah sikit tak boleh, memang tanda red flag," demikian antara komen netizen.