SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa dan marah selepas peralatan pam susu yang disimpan di peti sejuk pejabatnya dijadikan isu besar oleh rakan sekerja.
Lebih menambah rasa sedih apabila dia dikatakan tidak sensitif dan peka kerana peti sejuk tersebut turut digunakan golongan lelaki.
"Ibu-ibu bekerja dan yang pam susu anak dekat pejabat. Saya nak tanya macam mana korang simpan peralatan pam susu dekat pejabat?
Wanita itu terpaksa menampal notis bagi memaklumkan situasi dirinya.
"Sebelum ni saya simpan dalam ziplock bag di dalam peti ais pantry office, tapi ada yang bising sebab pam susu visible dan malu pekerja lelaki nampak," luahnya menerusi hantaran di media sosial.
Tidak mahu mencetuskan masalah, dia beralah dan memilih untuk 'menyembunyikan' alat tersebut dengan menyimpannya di dalam beg terlebih dahulu sebelum meletakkannya ke dalam peti sejuk.
Namun malangnya, beg susu berkenaan dikeluarkan oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘otai’ masjid berlagak sombong, halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka - “Kau pergi hisap tempat lain!”
ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lalui fasa bekalan drop, ibu anak sulung tetap gigih pam susu di pejabat... sampai rumah, stok pula tumpah! - “Bila dipujuk tangisan menjadi-jadi”
Menurut wanita ini, insiden beg tersebut dikeluarkan dari peti sejuk berlaku beberapa kali sehingga dia mengambil keputusan untuk menampal notis.
"Saya simpan dalam lunch bag ni nak tutup (sembunyi).
- Wanita bekerja dimalukan bila pam susu disimpan di peti ais pejabat.
- Ada rakan sekerja tak selesa, katanya pam ‘terlalu jelas’ dan malu lelaki tengok.
- Pam kemudian diletak dalam beg, tapi tetap dikeluarkan tanpa izin beberapa kali.
- Peti ais ada dua, ruang banyak — tapi beg susu tetap dijadikan isu.
- Netizen kecam tindakan biadab, sokong hak ibu menyusu di tempat kerja.
"Tapi hari ni saya jumpa beg pam susu ni dah dikeluarkan tanpa kebenaran dan diletakan di luar," luahnya sayu dan sedih diperlakukan sedemikian.
Menurut wanita ini lagi, pejabatnya mempunyai dua buah peti sejuk dan kedua-duanya mempunyai ruang kosong yang banyak.
Warga maya memberikan beberapa cadangan penyimpanan kepadanya.
Namun terdapat individu yang sengaja menjadikan beg pam susunya sebagai isu besar seolah-olah memenuhi ruang dalam peti sejuk berkenaan.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ibu bekerja yang pernah berdepan situasi serupa.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan mengeluarkan barang peribadi tanpa izin sebagai tidak beretika dan memalukan.
"Sedihnya kalau pejabat tak sokong penyusuan ibu. Macam saya beli 'cooler bag' asing yang khas untuk simpan susu dan 'ice pack' yang banyak, jadi susu tahan sampai saya balik kerja.
"Saya tak campur peti ais sebab rasa peti ais awam dan tak bersih.
"Ini mesti kes dengki, apa punya perangai la, tak mungkin pekerja lelaki banyak songeh melainkan dia tu pondan," demikian reaksi warga maya.