suria

Belum seminggu kenal janda warga asing, bapa terus lupa arwah ibu! Nekad nikah, tak kisah walau dah 2 kali diceraikan

Ramai lelaki memilih berkahwin lain selepas kematian isteri. -Gambar hiasan

KEHILANGAN ibu merupakan ujian besar buat anak-anak, apatah lagi apabila si bapa mula menunjukkan minat untuk mencari pengganti.

Di Thread, seorang individu turut meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila bapanya meluahkan hasrat untuk berkahwin lagi selepas kematian ibunya.

"Selepas setahun lebih emak meninggal, ayah kata dia nak kahwin lain. Aku terkilan pilihan ayah. Dia pilih seorang yang bukan warganegara. Tak pandai Bahasa Melayu. English pun susah nak faham sangat.

Destiny Starting Point Welfare Association Klang....Sam Tham/Star Publication....

Kematian ibu menjadi ujian terbesar buat anak-anak. -Gambar hiasan

"Dah jadi janda dua kali. Ada seorang anak sebaya dengan adik bongsu aku. Macam mana ayah kenal orang tu? Kawan sekolah ayah yang kenalkan. Kawan ayah tu berkahwin dengan orang Patani. 

"Orang tu saudara mara bini kawan ayah tu. Aku rasa marah dengan kawan ayah tu. Kenapa tak suruh ayah tanya dulu anak-anak sama ada setuju atau tak?" tulisnya.

Menurut pengadu lagi, bapanya meminta dia dan adik-beradik yang lain agar menerima sahaja keputusannya untuk bernikah.

  • Anak kecewa bapa mahu kahwin lain selepas kematian ibu.
  • Wanita pilihan bukan warganegara dan pernah dua kali bercerai.
  • Marah kerana ayah tidak berbincang dengan anak-anak dahulu.
  • Hubungan dengan ayah mungkin renggang jika perkahwinan diteruskan.
  • Netizen beri reaksi berbeza, minta dia terima keputusan ayah.

Jelasnya, hubungan dia dan bapanya mungkin akan renggang sekiranya perkahwinan itu benar-benar terjadi.

"Ayah suruh kami terima pilihan dia sebagaimana dia terima pilihan kami. Ayah ada kata tak ada siapa boleh gantikan tempat emak. Tapi kenapa ayah nak kahwin lain?

"Aku tak rela ayah kahwin dengan perempuan macam tu. Andai kata ayah kahwin juga dengan perempuan tu, kemungkinan besar aku akan kurang jumpa ayah aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tinggal anak isteri lepas poligami muncul semula, nak suruh buat pinjaman bank! - “Tapi ayah tak tinggal dengan kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda

"Aku tak akan panggil perempuan tu dengan apa-apa panggilan seorang emak. Even makcik pun tak layak," tulisnya lagi.

Antara lain, dia mendakwa bakal isteri bapanya itu bekerja di sebuah restoran dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas kurang seminggu berkenalan.

Perkongsian individu itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Ada sesetengah individu memilih hidup sendirian selepas kematian pasangan. -Gambar hiasan

"Kalau tak setuju carilah alternatif calon lain yang lebih baik atau setara daripada calon ayah.

"Dalam Islam anak tidak boleh halang ibu atau ayah nak kahwin lain. Saya dengar ceramah ustaz hari tu.

"Itu kebahagiaan ayah awak. Kita tak nampak apa yang ayah kita nampak pada perempuan tu. Lapangkan hati dan belajar untuk terima," antara komen netizen.

 

Artikel Lain