suria

Wanita bengang pemandu Grab tegur membazir naik e-hailing, rumah dekat dengan tempat kerja patut jalan kaki je!

Golongan wanita antara pengguna utama perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang apabila ditegur oleh pemandu e-hailing, hanya kerana dia menggunakan perkhidmatan itu bagi perjalanan singkat.

Berkongsi cerita di Thread, dia yang dikenali sebagai Faa berkata, individu berusia lingkungan 50 tahun itu seolah-olah mempersoalkan tindakannya yang tidak mahu berjalan kaki ke tempat kerja walaupun jaraknya dekat.

"Aku booking Grab nak ke tempat kerja, dapat pemandu lelaki lingkungan umur 50 tahun.

Perkhidmatan e-hailing memudahkan masyarakat. -Gambar hiasan

Perkhidmatan e-hailing memudahkan masyarakat. -Gambar hiasan

"Tak sampai dua minit dalam kereta, dia tegur dekat macam ni pun nak naik Grab ke?" ujarnya.

Dia yang hanya mahu pergi ke tempat kerja dengan selesa pada hari tersebut, tidak menyangka akan disindir kali kedua selepas membiarkan sahaja pemandu tersebut bercakap apa yang mahu diucapkannya.

Malah pemandu terbabit dengan tegas menyatakan pendapatnya bahawa tindakan wanita itu adalah satu pembaziran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing gertak wanita demi tip lebih! Buka cerita ‘kencang’ pernah belasah polis, cari penumpang beri ‘rating’ rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita minta izin nangis dalam kereta! Uncle Grab batal trip seterusnya untuk pujuk, siap belikan makan minum

"Aku diam dan buat bodoh. Dia ulang benda sama, amoi kalau jalan kaki tak sampai 20 minit sudah sampai, tak payah booking Grab, membazir duit saja," dia mengimbas kata-kata pemandu berkenaan.

Meskipun terkilan dengan pertanyaan pemandu itu, namun dia tetap mendiamkan diri sehingga tiba ke destinasi.

  • Wanita terkilan ditegur pemandu Grab kerana membuat tempahan untuk perjalanan singkat.
  • Pemandu ulang sindiran dan anggap tindakan itu satu pembaziran.
  • Penumpang hanya ingin naik Grab sebab malas berjalan.
  • Dia pilih untuk diam, tapi luah rasa tak puas hati di media sosial.
  • Netizen kecam sikap pemandu, sokong hak penumpang untuk buat pilihan sendiri.

Malah katanya, dia tidak selalu menggunakan servis e-hailing sebaliknya hanya membuat tempahan apabila berasa malas untuk berjalan kaki.

"Biasanya memang aku jalan kaki ke tempat kerja dan tak selalu order Grab.

"Tapi hari ini terasa malas nak berjalan, jadi aku booking je Grab, salah ke?" soalnya, inginkan pandangan warga maya.

Antara reaksi netizen di ruangan komen balas.

Antara reaksi netizen di ruangan komen balas.

Perkongsiannya itu mendapat sokongan ramai warga maya yang turut berpendapat pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Mereka menegaskan bahawa jarak perjalanan bukan alasan untuk menilai pelanggan, apatah lagi dalam perkhidmatan berbayar.

"20 minit tu berpeluh juga ketiak, suruh uncle tu cuba jalan hari-hari, cakap je pandai.

"Cakap pada dia, kalau malas nak hantar, tak payah buat Grab dah. 

"Pilih quiet ride, aku kalau malas memang pilih tu," demikian antara reaksi warga maya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpandangan pemandu tersebut hanya mahu berborak kosong atau bermesra dengan penumpang.

Malah, ada juga yang beranggapan situasi akan menjadi berbeza jika wanita tersebut bersikap lebih tenang dan melihatnya dari sudut positif.

"Bagitahu la uncle tu yang kau hari ini je naik Grab, kau bisu ke?

"Ia cuma satu perbualan ringan, bergantung pada perspektif, boleh negatif boleh positif, banyak cara boleh jawab," kata seorang lagi netizen.

Artikel Lain