suria

Lepas gigih kumpul 20K wang hantaran, mentua desak buat ‘loan’ pula! Kalau enggan, anak menantu dilarang balik kampung

Sesetengah keluarga mentua suka mendesak atau beri tekanan emosi kepada anak, menantu. -Gambar hiasan

RAMAI pasangan muda hari ini sanggup bermula dari bawah demi membina rumah tangga atas usaha sendiri.

Namun bagi suami isteri ini yang baru sahaja bergelar guru, mereka diuji dengan mentua yang bersikap mementingkan diri.

Kisah mereka diceritakan oleh seorang individu terdekat yang mendakwa menyaksikan sendiri pengorbanan dan tekanan yang terpaksa dilalui mereka berdua sejak sebelum berkahwin sehinggalah selepas mendirikan rumah tangga. 

Ramai individu berkongsi di media sosial mengenai keluarga toksik. -Gambar hiasan

"Mereka baru dapat posting sebagai guru. Si lelaki terus masuk meminang tapi si ayah (bakal bapa mentua) cakap hantaran RM20,000.

"Si lelaki minta kurang tapi si ayah cakap itu dah kira murah jika nak dibandingkan dengan kos bela anak perempuan dia tu.

"Pasangan ni tadi pun berusaha la buat side income lain seperti kelas tambahan, jual produk orang dan malam kerja sambilan buat e-hailing," cerita individu berkenaan dalam hantaran di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kerap hantar anak ke tadika, bapa jatuh cinta dengan cikgu... Mesej di WhatsApp bukti siapa mula angkara

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut... Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!

Selepas lelaki itu bernikah dengan jumlah hantaran RM20,000 sebagaimana diminta bapa mentua, dia dan pasangan memilih untuk hidup sederhana dan tinggal di rumah flat. 

Namun ujian lebih besar muncul apabila ibu bapa isterinya meminta mereka membuat pinjaman bank untuk selesaikan pinjaman rumah dan kereta.

"Tiba-tiba ibu bapa kepada perempuan ni tadi minta anak-anak yang sudah kerja buatkan pinjaman untuk settlement (langsai hutang) rumah dan kereta mereka.

  • Lelaki dan pasangan baru posting sebagai guru, terus rancang berkahwin.
  • Bapa perempuan minta wang hantaran RM20,000, katanya sudah cukup murah.
  • Pasangan usaha keras cari duit tambahan hingga berjaya kumpul wang hantaran.
  • Selepas kahwin, keluarga mentua minta pasangan buat pinjaman 'settle' hutang rumah dan kereta.
  • Bila mereka enggan, pasangan diugut dan dilarang balik ke rumah keluarga perempuan.

"Mereka tak nak buat sebab mereka pun di fasa baru nak hidup. Keluarga mentua ugut jangan balik rumah lepas ni, jadi pasangan ini buntu. Ibu bapa toksik benar-benar berlaku ye semua," ujar individu berkenaan.

Perkongsian individu ini mendapat pelbagai respons warga maya.

Rata-rata netizen memberikan pendapat mereka mengenai sikap ibu bapa wanita tersebut yang dianggap toksik.

Antara komen netizen di media sosial.

"Kasihan si perempuan, malu... mak ayah sendiri buat hal.

"Gila betul mak ayah mereka ni. Nasib ibu bapa saya ni 'kampung-kampung' (sederhana) je. Jadi ala kadar je.

"Tak payah balik la senang cerita. Sekali sekala telefon tanya khabar sudah. Kalau kena block (sekat) terima je la. Tak payah jadi hamba atau mesin ATM sesiapa pun," komen beberapa netizen.

Artikel Lain