NAMA Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus menjadi bualan rakyat Malaysia selepas timbul dakwaan wujud unsur-unsur jenayah terhadap kematiannya.
Rentetan itu, seorang pengguna Facebook pada Isnin memuat naik foto dengan mendedahkan wajah beberapa pelajar perempuan yang didakwa sebagai pembuli Allahyarham Zara.
"Nama-nama dan muka yang disebut-sebut terlibat dalam kes Zara," tulis individu itu.
Semoga roh Allahyarham Zara yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu dicucuri rahmat.
Hantaran tersebut dihujani hampir 1,000 komen netizen yang kebanyakannya mengharapkan keadilan bagi kes kematian pelajar tingkatan satu itu.
Netizen turut tercari-cari wajah beberapa pelajar yang sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
"Yang mana satu Kak Dedeng, Kak Tomboi dan sewaktu dengannya?
- Nama Allahyarham Zara jadi bualan kerana timbul dakwaan wujud unsur jenayah dalam kematiannya.
- Seorang pengguna Facebook muat naik foto beberapa pelajar perempuan yang didakwa membuli Zara.
- Netizen mula mencari identiti pelajar yang didakwa terlibat.
- Wajah pelajar yang ditularkan turut menerima komen negatif netizen.
- Polis panggil 60 individu termasuk beberapa pelajar yang dikaitkan dalam siasatan kes ini.
"Semoga Allah tunjukkan kebenaran, siapa pembuli adik Zara.
"Sekolah agama pun dah tak selamat lagi dah," tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, ramai juga yang menggesa agar kes ini disiasat secara telus demi mendapatkan keadilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa fakta penting, ibu Zara Qairina buat laporan polis baharu… Lihat kesan lebam ketika mandikan jenazah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu arwah Zara Qairina tak pernah kaitkan kematian anak dengan mana-mana VVIP
Jika benar terdapat unsur buli atau jenayah seperti mana didakwa, warganet menggesa agar pelakunya ditangkap.
"Kasi tangkap pembuli, jangan kasi peluang lepas. Cari semua tu biar dilubang cacing sekali pun, kita mahu keadilan.
"Jangan peduli bapa mama pembuli tu walau merayu sekali pun, Justice For Zara itu yang penting, siasat guru-guru sekolah agama sekali.
"Semoga ada pembelaan setimpalnya buat arwah. Usaha selagi dapat. Semoga kebenaran berpihak padamu Almarhumah Zara," antara gesaan netizen.
Gerakan #JusticeForZara tular di media sosial.
Untuk rekod, Allahyarham Zara merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah.
Remaja itu meninggal dunia pada 17 Julai 2025, sehari selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.
Kisah kematian pelajar tersebut tular di media sosial sehingga mencetuskan gerakan #JusticeForZara apabila timbul dakwaan mangsa maut akibat dibuli.
Pada 31 Julai lalu, mStar melaporkan seramai 60 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian Allahyarham Zara.
Antara yang dipanggil termasuklah nama yang disebut-sebut netizen di media sosial iaitu Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi.