LELAKI yang sering membantu isteri melakukan kerja rumah atau menjaga anak-anak sering dikaitkan dengan pasangan yang 'queen control'.
Berdepan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ditegur oleh suami gara-gara meminta bantuan untuk menukarkan lampin pakai buang bayi mereka.
"Suami cakap lepas ni kalau you nak suruh I tukar lampin anak, boleh tak jangan suruh depan mak?
Golongan lelaki masa kini lebih ringan tulang. -Gambar hiasan
"Aku tanya kenapa, dan dia jawab nanti dia ingat you queen control," luahnya menerusi hantaran di Thread.
Tersentak dengan kata-kata suaminya itu, dia mula mempersoalkan kewajaran pemikiran ibu mentuanya yang seolah-olah menghalang anak lelaki daripada melakukan tugasan rumah.
Sebagai isteri, dia berpendapat urusan anak dan rumah tangga perlu dilakukan bersama suami supaya keharmonian rumah tangga terpelihara.
ARTIKEL BERKAITAN: Bilik salin lampin bayi penuh lelaki! Geng ibu akui bapa moden makin ramai... Pandai urus anak kecil, rajin mengasuh di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai setuju bapa Gen Y rajin tukar lampin anak, lebih bertanggungjawab... Beza sangat cara ayah zaman dulu
"Kenapa eh wujud ibu mentua macam ni? Apa masalah kalau suruh anak dia tukar lampin pakai buang anak sendiri?
"Salah ke? Aku mula la nak baran ni," luahnya yang geram mengimbas kata-kata suaminya itu.
Menurut wanita ini, kebiasaannya dia yang melakukan tugas menukar lampin bayi dan memandikan anak.
- Isteri kecewa suami 'marah' disuruh tukar lampin anak depan ibunya.
- Suami tak mahu ibu anggap menantunya ‘queen control’.
- Isteri anggap suami tegur cara kasar dan tak sensitif.
- Isteri pertikai pemikiran kolot mentua tak benarkan anak lelaki buat kerja rumah.
- Biasanya isteri urus semua tapi masa tu nak solat jadi minta bantuan suami.
- Netizen setuju ramai lelaki masih terperangkap dengan ego & stigma jaga anak tugas wanita.
Namun ketika itu, dia ingin menunaikan solat justeru meminta bantuan suaminya.
"Selalunya isteri yang tukar, dah isteri nak solat kan, kita suruh la suami yang tukar. Tiba dalam kereta dia confront, cara tegur pun tak ada intro apa-apa.
"Kita kalau nak tegur dia, bukan main kita punya mukadimah tau sayang boleh tak I nak tegur something? Haa gitu.
Antara reaksi warga maya di ruangan komen
"Ini tidak, terus je terjah. Mula la mood aku nak swing," tambahnya yang kecewa dengan sikap suami yang tak prihatin.
Perkongsian itu meraih ribuan reaksi netizen, rata-ratanya bersetuju bahawa masih ramai lelaki yang terlalu terikat dengan ego dan stigma masyarakat yang menganggap kerja menjaga anak adalah tanggungjawab wanita.
Ada juga memberi sindiran kepada golongan lelaki yang lebih menurut kata ibu walaupun mengetahui ia akan merosakkan keharmonian rumah tangga.
"Maaflah, yang salah tu bukan ibu mentua tapi suami sebab dia tak berani bersuara.
"Mak aku yang marah kalau aku suruh suami aku tukarkan lampin atau mandikan anak, dia cakap kesian suami dah penat bekerja dan mahu rehat.
"Anak sendiri, apa yang queen control... memang kena buat bersama-samalah kalau berkaitan anak," demikian antara reaksi warga maya.