LULUH hati seorang ibu apabila mendapat tahu anak sulungnya yang baru masuk Tahun 1 menjadi mangsa buli rakan sekelas.
Wanita itu mendakwa, anaknya sudah dua kali pulang ke rumah memberitahu bahawa beg sekolahnya rosak kerana digunting oleh rakan.
Anaknya menggunakan beg sekolah jenama popular, Smiggle namun kini sudah kelihatan seperti 'Smiggle versi B40'.
Ibu bapa perlu memantau perkembangan dan perihal sekolah anak-anak. -Gambar hiasan
"Saya balas tak apa la nanti mummy beli beg baharu sebab anak baru darjah satu.
"Dekat rumah pun anak memang suka menggunting macam-macam kalau jumpa gunting, tambah-tambah gambar," katanya.
Bagaimanapun, kejadian beg sekolah digunting tidak mencetuskan kemarahannya.
Sebaliknya, dia berasa geram mendengar cerita si anak yang mengadu rakan sekelas enggan berkawan dengannya, tetapi bertindak mengambil barang-barangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi beri keterangan kes kematian Zara Qairina
ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa fakta penting, ibu Zara Qairina buat laporan polis baharu… Lihat kesan lebam ketika mandikan jenazah
Apabila si anak 'mengugut' mahu memberitahu ibu di rumah, rakannya itu memberi respons yang dianggap biadab dan menyakitkan hati kerana ia diucapkan oleh kanak-kanak yang baru berumur tujuh tahun.
"Bila anak saya kata nak bagitahu mak kami (saya), budak tu respons bagitahu la mak hampa (awak). Bukan mak hampa mai sekolah pun.
- Anak tahun 1 dibuli dengan beg sekolah digunting dua kali oleh rakan sekelas.
- Ibu kesal apabila barang milik anaknya turut diambil rakan.
- Pembuli beri respons biadab bila anaknya ugut nak beritahu ibu.
- Ibu luah rasa marah dan terkejut dengan sikap angkuh kanak-kanak iu.
- Netizen simpati dan gesa ibu bertindak tegas terhadap kes buli.
"Kami ada dua orang kakak pengawas dekat sekolah ni. Suka hati kami la nak buat apa. Menyirap saya!
"Baru darjah satu tau. Bukan main lagi daring (berani) hang (kamu) ya. Tunggu sat makcik nak pi cari hang dengan kakak-kakak hang yang pengawas tu," tulis wanita itu
Perkongsiannya mendapat warganet yang rata-ratanya bimbang memikirkan kes buli di sekolah dan dalam masa sama simpati terhadap apa yang berlaku kepada anaknya.
Seorang netizen menyarankan agar wanita itu bertindak tegas dan wajar terhadap kes melibatkan anaknya itu.
Komen netizen di media sosial.
"Pergi jumpa secara berdepan, bukan tengok dari jauh.
"Allahu takutnya saya. Anak saya darjah satu tahun depan. Kenapa macam jahat-jahat sangat je budaknya. Baru darjah satu kot.
"Macam mana boleh bersabar? Patut pertama kali kena gunting beg tu dah kena kecoh cari budak mana perangai tak 'semenggah' tu. Geram la," komen beberapa netizen.