suria

Arwah mak pesan sambung belajar, adik tolak tawaran UiTM! Tak fikir ubah nasib, keluarga bukannya orang senang

Segelintir pelajar lebih minat untuk bekerja selepas tamat sekolah. -Gambar hiasan

TAWARAN melanjutkan pengajian ke peringkat universiti merupakan khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.

Peluang ini menjadi batu loncatan untuk mereka mengejar impian serta mengubah masa depan ke arah yang lebih baik.

Namun di aplikasi Threads, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila adiknya menolak tawaran belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Education Minister visiting schools on SPM results release day. SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi). — YAP CHEE HONG/The Star

Ramai pelajar mengimpikan untuk ke menara gading. -Gambar hiasan

"Weh korang, sumpah sedih sebab adik aku dah dapat UiTIM tapi tiba-tiba tak nak pula dia sambung belajar kat sana.

"Kami ni bukannya keluarga senang. Sekurang-kurangnya (kalau dia sambung belajar) dapatlah ilmu dan terjamin sikit masa depan," kongsinya.

Menurut wanita itu lagi, dia juga sudah memujuk adik lelakinya, namun usaha tersebut masih tidak berhasil.

  • Seorang wanita sedih kerana adiknya tolak tawaran belajar di UiTM.
  • Wanita itu berkata keluarganya bukan daripada latar belakang senang.
  • Dia juga mendedahkan arwah ibu pernah berpesan supaya semua adik-beradik belajar hingga menara gading.
  • Di ruangan komen, ada netizen tak setuju dengan tindakan wanita itu yang seakan mahu memaksa adiknya sambung pengajian.
  • Netizen berpendapat jika adiknya tak minat belajar, lebih baik dia bekerja untuk cari pendapatan sendiri.

Lebih menyedihkan, dia berkata arwah ibunya pernah berpesan supaya dia dan adik-beradiknya belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Tapi dah cakap macam mana pun masih dia tak nak dengar. Arwah emak pernah pesan suruh kami sambung belajar.

"Arwah pesan supaya sekurang-kurangnya belajar sampai diploma. Kalau arwah ibu tahu ni mesti dia kecewa," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ‘bunuh’ impian anak gadis habis SPM, tak izin sambung belajar! Suruh kerja gaji RM1,800 tampung belanja keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dapat tawaran masuk UM tapi lebih minat ACCA... Ibu sukar nak 'lepas' IPTA, bimbang silap buat keputusan

Di ruangan komen, ada netizen yang tidak bersetuju dengan sikap wanita itu yang mahu memaksa adiknya menyambung pengajian.

"Kalau dia tak nak sambung belajar, tak payahlah paksa. Nanti kalau dia ambil pinjaman, kemudian berhenti separuh jalan, lagi sakit kepala.

"Mungkin dia fikir pasal kos dan kewangan dia kalau sambung belajar," tulis netizen.

UITM Student leavingto hometownby uitm bus during the movement control order - April 27,2020.- SHAARI CHEMAT /The Star

Banyak persiapan perlu dibuat sebelum memulakan kehidupan baharu di kampus. -Gambar hiasan

Tambah netizen, wanita itu perlu menasihati adiknya supaya mula bekerja jika dia tidak berminat dalam bidang akademik.

"Biarkan kalau dia tak nak belajar. Suruh dia kerja. Jangan harap adik beradik sara dia.

"Biarkan dia kerja dulu. Biar dia rasa susahnya nak naik gaji tanpa ada sijil kemahiran atau sijil akademik," antara komen netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings