suria

Punyalah sakit meneran, orang lain paksa namakan bayi Zara Qairina - "Eh beranaklah sendiri"

Suami isteri pastinya teruja memilih nama untuk bayi mereka. -Gambar hiasan

KES kematian Zara Qairina Mahathir terus menjadi perhatian ramai sehingga nama arwah sentiasa meniti di bibir masyarakat.

Bagaimanapun, segelintir individu mula dilihat berlebih-lebihan dalam mengingati pelajar berkenaan, kononnya atas alasan mahu menuntut keadilan.

Di Threads misalnya, seorang wanita mendedahkan dia diminta menamakan bayinya yang baru dilahirkan dengan nama Zara Qairina.

Anak merupakan anugerah terindah dalam hidup seorang wanita. -Gambar hiasan AI

"Kita punya sakit meneran, beranak, dia pula asyik nak suruh letak nama Zara Qairina.

"Eh beranaklah sendiri. Kita dari lepas anak pertama lagi nak letak nama tu (nama lain) tau.

"Tup-tup keluar anak kita, dia pula merentan nak letak nama anak kita. Mana boleh," tulis wanita itu.

  • Kes kematian Zara Qairina masih diperkatakan hingga namanya sering disebut masyarakat.
  • Ada segelintir individu berlebihan memperingati arwah atas alasan menuntut keadilan.
  • Seorang wanita kongsi pengalaman apabila diminta menamakan bayinya sebagai Zara Qairina, walau dia tidak setuju.
  • Seorang lagi wanita turut mendakwa berdepan situasi sama apabila dipaksa menamakan anaknya dengan nama tersebut.
  • Majoriti netizen sokong wanita itu, tegur sikap segelintir pihak yang terlalu obses sehingga mahu menentukan nama anak orang lain.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang menyuruhnya berbuat demikian.

Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendakwa dia juga berdepan situasi sama apabila dipaksa menamakan anaknya sebagai Zara Qairina.

"Sama macam makcik saya. Dia punya 'tunggang' kes (Zara Qairina) tu, Masya-Allah. Stres saya, asyik suruh letak nama Zara.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan banyak ujian sejak lahir, wanita namakan bayi Zara Qairina... Harap anak jadi solehah seperti arwah

ARTIKEL BERKAITAN: “Annoying pula rasa” - Wanita anggap nama anaknya dah tak ‘special’, orang terdekat diam-diam ‘ciplak’

"Bila saya kata tak nak, terus dia mengucap banyak-banyak macam saya ni buat salah pula," tulis seorang lagi wanita.

Majoriti netizen di Threads turut menyokong pendirian wanita itu yang mahu memilih sendiri nama anaknya.

Malah, netizen turut menegur sikap segelintir individu yang terlalu obses dengan kes kematian Zara Qairina.

Kes kematian Zara Qairina terus menjadi perhatian masyarakat. 

"Tak payah ikut. Anak kita, hak kita. 

"Siapa pula yang sesuka hati nak letak nama dekat anak orang ni? Teran sendirilah.

"Tak payahlah sampai obses. Tolonglah," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings