suria

Wanita tak senang duduk mentua asyik suruh cari kerja... Anggap otak dah karat, tak nak mula dengan gaji rendah

Sikap sesetengah mentua boleh memberi tekanan emosi terhadap menantu. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 35 tahun berkongsi dilema apabila mula ditegur ibu mentua yang mahukan dia bekerja seperti menantu-menantu lain dalam keluarga.

Menurut wanita itu dalam hantaran di Threads, sudah 10 tahun dia tidak bekerja kerana pelbagai faktor walaupun memiliki ijazah sarjana muda atau 'degree'.

Kini, dia bimbang untuk mula bekerja semula dari bawah dengan gaji serendah RM1700 sedangkan usianya bukan lagi muda.

"Tak boleh bayangkan kekoknya dekat ofis. Akak umur 35 masih mula dengan gaji 'fresh grad' (graduan baharu). 

Kebanyakan wanita memilih untuk mengutamakan keluarga dengan menjadi suri rumah. -Gambar hiasan

"Memang nak mohon SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) tapi letak kelayakan SPM pun tiada panggilan juga," keluhnya.

Katanya lagi, dia memahami kerisauan ibu mentua memandangkan semua menantu lain mempunyai kerjaya, caruman KWSP dan jaminan pencen.

Malah, wanita ini juga mengakui kadangkala timbul rasa rendah diri dan segan berstatus suri rumah kerana sudah lama tidak bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah hadap muka mentua, wanita sanggup kerja di Aidilfitri! Tapi nafkah tak lupa, tetap belikan baju, ‘bank in’ duit raya

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!

Jelasnya, faktor kesihatan (tidak dinyatakan) yang memerlukan dirinya kerap berjumpa doktor pada awalnya membuatkan dia berundur seketika dari dunia pekerjaan.

"Mereka (golongan ibu mentua) nak yang terbaik untuk sosok seorang wanita. Tak boleh harapkan lelaki saja. Perempuan pun kena tahu berdikari.

"Kalau ada apa-apa pandai uruskan diri. Mak dia pun ibu tunggal lepas bapa mentua saya meninggal. Dia urus diri sebab kerja dari bujang.

  • Wanita 35 tahun ditegur ibu mentua supaya bekerja kerana semua menantu lain ada kerjaya.
  • Sudah 10 tahun tak bekerja, dia bimbang bermula semula dengan gaji minimum.
  • Dulu berhenti kerja kerana faktor kesihatan dan kini rasa rendah diri jadi suri rumah.
  • Ibu mentua mahu dia belajar berdikari seperti mana dirinya yang mampu urus hidup sebagai ibu tunggal.
  • Netizen beri dorongan, ada yang cadang cari kerja atau mula jana pendapatan dari rumah.

"Berbanding wanita lain yang jadi suri rumah, suami meninggal atau ditinggalkan terus kesihatan merudum. Murung sebab terperam dalam rumah," jelasnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang faham dengan dilema dihadapi wanita ini.

Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya untuk mula mencari kerja.

Komen beberapa netizen.

"Insya-Allah boleh, jangan putus asa. Anak saya pun umur 31 baru dapat kerja, mula gaji basic RM3,500 je dengan 'degree'.

"Memang itu la tugas suami. Kalau suami okay, ekonomi rumah tangga pun stabil, tak perlu ambil hati sangat cakap mentua. 

"Tapi kalau nak cuba, boleh mula dengan jana pendapatan dari rumah sebagai rancangan untuk masa akan datang," komen beberapa netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings