SEORANG gadis 'gigit jari' selepas mendapati baki dalam untuk bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berkurangan walaupun masih belum menggunakannya.
Menurutnya, dia mengesyaki baki itu berkurangan disebabkan MyKad miliknya pernah hilang di Sandakan, Sabah pada tahun lalu.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu mendakwa laporan kehilangan MyKad sudah lama dibuat, selain kad pengenalannya juga sudah diganti baharu.
MyKad diperlukan untuk menggunakan bantuan SARA. -Gambar hiasan
"Terdetik nak check balance SARA sebab rasa tak sedap hati lepas ramai yang kata tak guna lagi tapi baki dah kurang.
"Sekali masa check tinggal RM5.70 je. Kan betul. Ada orang dah guna," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkejut baki SARA tinggal 60 sen, terkulat-kulat depan juruwang... Rupanya mak dah ‘shopping’ guna MyKad tanpa izin!
ARTIKEL BERKAITAN: Tersedar MyKad ‘ghaib’ ketika semak Penghargaan SARA, wanita pasrah duit ‘melayang’ lebih 1K! Ketahui 5 risiko jika IC hilang
Apa yang membuatkan dirinya berasa hairan, walaupun MyKad baharu telah dikeluarkan untuk dirinya, cip pada kad pengenalan lama masih boleh digunakan untuk tujuan transaksi.
"Saya dah report Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pegawai JPN tu cakap sistem MyKasih tu cuma detect physical card untuk match dengan nombor MyKad kita.
"Dia kata kalau ikut aduan dekat Putrajaya ni, semalam je dah dekat 14 orang buat aduan dengan isu yang sama," katanya.
- Seorang pelajar IPT dakwa baki dalam akaun bantuan SARA berkurangan walau belum digunakan.
- Dia syak MyKad lamanya yang hilang di Sandakan tahun lalu masih digunakan orang lain.
- Mangsa terkejut apabila MyKad baharu tidak menghalang cip MyKad lama daripada melakukan transaksi.
- JPN memaklumkan terdapat banyak aduan serupa, malah sehari sebelumnya lebih 14 kes dilaporkan di Putrajaya.
- Netizen turut kongsi pengalaman sama, malah ada yang dakwa MyKad lama digunakan untuk berbelanja di negeri lain.
Tambahnya, kejadian itu menjadi lebih pelik kerana MyKad lama miliknya hilang dalam kawasan universiti, bukan di tempat awam.
Dia menasihatkan orang ramai yang pernah kehilangan MyKad agar segera membuat laporan polis dan memaklumkan kepada JPN.
Reaksi netizen
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan ada yang mendakwa kenalan rapat mereka turut mengalami nasib yang sama.
"Sepupu saya hilang MyKad dua kali, bila nak guna dah tiada baki. Bila berhubung dengan MyKasih rupanya dah kena guna dekat Sarawak.
"Seram pula, macam mana MyKad lama still boleh guna ya," kata warga maya.