SETIAP menantu perlu menghormati bapa mentua seperti darah daging sendiri.
Namun, seorang wanita di Threads mendedahkan dia pernah diserang secara lisan oleh bapa mentuanya.
Dakwa wanita itu, dia kurang senang apabila bapa mentua mempertikaikan tentang pegangan agama serta amal ibadatnya.
Di hujung-hujung usia, orang tua hanya mahu menumpang kasih dengan anak dan menantu. -Gambar hiasan AI
"Aku tengah buat air dekat dapur, bapa mentua tiba-tiba datang, dia tanya sekiranya aku kenal Allah atau pun tak?
"Aku cakap mestilah kenal. Lepas tu dia boleh cakap yang aku tak kenal Allah. Lepas tu dia tuduh aku tak solat.
"Tak kanlah aku nak solat dan mengaji baca kuat-kuat. Aku ni duduk sekali dengan mentua," kongsinya
- Seorang wanita mendakwa pernah diserang secara lisan oleh bapa mentuanya.
- Dia dituduh tak solat oleh bapa mentuanya ketika dia berada di dapur.
- Wanita itu menangis, geram mengenangkan tuduhan tak berasas bapa mentua.
- Dia bercadang untuk pindah rumah tetapi suami meminta tunggu sehingga tahun depan.
- Netizen meminta wanita itu sabar dan cari jalan untuk segera berpindah.
Menurut wanita itu, dia geram dengan tuduhan berkenaan sehingga tumpah air mata mengenangkan penghinaan mentuanya.
Tambahnya lagi, dia juga merancang untuk berpindah, namun suaminya meminta agar diberi masa sehingga tahun depan.
"Aku masuk bilik, aku menangis sebab tahan marah. Gila, kurang ajar nak mampus orang tua ni.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi puaskan hati mentua nak makan kenduri, menantu dalam pantang terpaksa berhimpit dalam kereta... Kena hadap perjalanan 6 jam!
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin baharu ‘turn off’ ibu mentua nak menyelit pergi bulan madu, siap boleh pilih lokasi!
"Anak sendiri pun tak betul, dia cakap aku macam tu. Si*al betul. Memang nak pindah. Tapi suami kata tahun depan.
"Saya pun terpaksalah juga bersabar walaupun dah banyak kali orang tua tu random tanya soalan macam ni," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita untuk terus bersabar dan segera mencari jalan untuk tinggal berasingan dengan mentuanya.
Kebanyakan menantu tidak mahu tinggal sebumbung dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan AI
"Tolonglah pindah. Percayalah, lebih teruk akan berlaku lepas ni. Mentua awak tak hormat awak pun.
"Lain kali bagi je atas muka. Tanya dia balik, kenal kubur ke tak? Kubur dah memanggil.
"Biasalah, baru belajar sikit. Orang jenis macam ni suka nak test orang," antara komen netizen.