suria

Umur 40 tahun ke atas paling biadab, banyak hal! Peniaga urut dada, migrain layan kebanyakan pelanggan berusia

Ragam pelanggan menjadi lumrah biasa yang perlu dihadapi peniaga. -Gambar hiasan AI

BERDEPAN dengan pelanggan yang biadab merupakan salah satu lumrah dalam dunia perniagaan.

Namun jika dibiarkan berlarutan, perkara ini sudah tentu memberi tekanan emosi dan melemahkan semangat peniaga.

Di Threads, seorang wanita mendakwa dia sering berdepan situasi kurang menyenangkan dengan pelanggan berusia 40 tahun ke atas.

check out Ramadan Bazaar for interesting eats at Bazaar Ramadan Pandan Indah. 19 MARCH 2024 一CHAN TAK KONG/The Star

Pelanggan dan peniaga sepatutnya saling menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Sepanjang buat bisnes lapan tahun, aku perasan ramai pelanggan yang biadab ni dalam kalangan orang berusia.

"Macam umur 45 hingga 60 tahun. Cakap kasar, main lepas, tak sabar. Tawar menawar tak masuk akal dan jenis tekan-tekan," tulis wanita itu.

Tambahnya, golongan itu juga sering mempersoalkan perkara yang tidak wajar kerana gagal memahami maklumat yang dipamerkan.

  • Seorang peniaga dakwa ramai pelanggan berusia 45 hingga 60 tahun bersikap biadab.
  • Dia membuat kenyataan itu berdasarkan pengalaman selama lapan tahun dalam bisnes.
  • Pelanggan kumpulan umur ini didakwa sering cakap kasar dan membuat tawar-menawar tidak masuk akal.
  • Wanita itu mengaku sering tertekan setiap kali berurusan dengan pelanggan berusia.
  • Netizen di ruangan komen bersetuju dan mendakwa orang muda lebih beradab berbanding sesetengah golongan berusia.

"Kadang tu salah mereka tak baca betul-betul. Macam saya pun dah tulis dekat WhatsApp dan dalam katalog. 

"Masih mereka persoalkan itu ini. Saya berurusan dengan pelanggan melalui telefon saja. Baru angkat telefon (pelanggan) dah tinggi suara.

"Perbualan okay je tapi macam nak bergaduh. Tutup phone terus migraine, urut dada," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cashier biadab bertukar mesra lepas sedar berdepan pelanggan wanita baran - “Laki pun aku pernah tumbuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ‘modal’ pelanggan tetap, wanita potong barisan nak beli nasi lemak... Pelanggan sedang beratur lega dengar jawapan peniaga

Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan pandangan wanita itu.

"Golongan ini kebanyakannya tak suka dengar pendapat anak muda, mereka lagi percaya kawan sebaya.

Bazaar Ramadan. 31 MARCH 2023 一CHAN TAK KONG/The Star

Pelanggan dan peniaga perlu menjaga tutur kata ketika berurusan. -Gambar hiasan

"Terpaksa setuju. Ramai orang tua biadab. Apa yang mengejutkan, orang muda lebih beradab.

"Sama. Kita pula tak reti nak melawan orang tua. Terpaksa minta maaf walaupun bukan salah kita," antara komen netizen.

 

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings