BAYAR sewa untuk seorang, tapi bawa sekali ibu dan adik beradik tinggal berbulan dalam bilik yang disewa.
Itu situasi dikongsikan oleh seorang individu menerusi satu hantaran di Threads, yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap rakan serumahnya
Individu itu berkatam pada awalnya dia bersikap terbuka kerana menyangka ahli keluarga rakan serumahnya itu cuma datang sekejap.
Menyewa dengan rakan perlu ada sikap toleransi. -Gambar hiasan
Namun keadaan semakin tak terkawal apabila hampir setiap minggu ada saja yang datang dan tinggal di rumah yang disewa dalam tempoh lama.
"Setiap minggu ada saja yang datang. Berbulan duduk secara percuma macam rumah bapa kau bayar sewa. Memang tak la saya nak tegur.
"Acah-acah mesra dengan mak kau. Sejenis tak tahu malu. Tahu la mak kau tu ibu tunggal tapi tolong la eh sampai yang bayar sewa pula rasa macam menumpang," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak simbah kuah ke muka! Wanita tahan sabar layan perangai rakan serumah, senyap-senyap ‘rembat’ udang dalam periuk
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat
Lebih mengecewakan apabila keluarga berkenaan didakwa tidak menjaga kebersihan hingga dia sendiri terpaksa berhenti daripada menggunakan dapur rumah.
"Bila saya dah mula tunjuk perangai tak suka anak beranak dia datang sini, mereka buat perangai macam tikus pula.
"Masa saya keluar bilik, mereka tak keluar. Masa saya ada dalam bilik baru mereka keluar. Ingat saya tak ada dekat rumah.
- Rakan serumah bawa ibu dan adik-beradik duduk sekali walaupun sewa bayar untuk seorang.
- Ingatkan singgah sekejap, rupanya berbulan dan hampir tiap minggu ada yang menumpang.
- Keluarga itu tak jaga kebersihan sampai dia sendiri malas guna dapur.
- Mereka bersembunyi bila dia ada di rumah, seolah-olah menumpang tanpa rasa malu.
- Netizen sarankan dia terus terang dengan tuan rumah supaya tak dipergunakan.
"Melepek dekat ruang tamu dapur. Bila tahu saya ada, terus masuk bilik. Bukan nak berambus dah tahu tak bayar sewa," jelasnya.
Individu itu bagaimanapun mengakui dia tidak mengenali pemilik rumah kerana urusan sewa diuruskan oleh rakan serumah lain.
Namun dia berasa lega kerana bulan ini merupakan bulan terakhir tinggal di rumah berkenaan.
Rata-rata netizen yang membaca luahan tersebut menasihatkan agar dia berterus terang dengan tuan rumah supaya tidak terus dipergunakan.
Netizen turut memberi pandangan.
"Tolong beritahu tuan rumah. Awak ada hak dalam rumah tu. Jangan rasa kasihan ke apa. Rakan serumah tu pun tak kisah ke awak.
"Kalau awak sewa dulu rumah tu, cakap terus terang apa tak puas hati. Cakap la tak adil awak bayar untuk seorang, tapi asyik ada yang datang tumpang.
"Kalau sekali sekala terdesak tak apa. Kalau dah selalu datang, bayar sewa juga," komen beberapa netizen memberi cadangan.