WANITA yang merosakkan rumah tangga orang biasanya digelar sebagai perampas atau penyondol dalam masyarakat kita.
Di aplikasi Thread, tular perkongsian mengenai golongan perampas yang hidup merana selepas mereka membina kebahagiaan atas air mata wanita lain.
Menurut seorang individu, dia mengenali dua wanita perampas yang kini hidup menderita kerana berdepan dengan masalah kesihatan.
Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca runtuhnya rumah tangga. -Gambar hiasan
"Saya ada dua orang kawan, mereka kahwin dengan suami orang. Seorang tu, sampai suami bercerai dengan bini pertama, kemudian kahwin dengan dia.
"Seorang lagi kawan saya jadi bini nombor dua. Apa yang saya nampak berlaku dekat dua perempuan ini, mereka berdua ada masalah rahim.
"Tak pasti kanser atau sakit apa. Seorang dah bedah dan seorang lagi kena buang rahim. Tak tahulah benda ni kifarah atau apa," tulis wanita itu.
- Topik mengenai balasan yang diterima golongan perampas jadi bualan hangat di aplikasi Thread.
- Seorang individu mendedahkan dia mengenali dua wanita perampas yang kini menghadapi masalah kesihatan serius.
- Seorang lagi wanita berkata kakaknya juga hidup merana selepas bergelar isteri kedua.
- Netizen memberi peringatan kepada wanita agar tidak menjadi perosak rumah tangga.
- Wanita yang bercinta dengan suami orang digesa meninggalkan hubungan itu secepat mungkin.
Dalam hantaran sama, seorang lagi wanita turut berkongsi penderitaan yang dilalui kakaknya selepas bergelar isteri kedua.
"Kakak saya isteri kedua, ada dua anak bersama. Dia kahwin senyap-senyap. Tiga tahun baru kantoi dengan madu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya penyondol, benda dah jadi” - Gadis 19 tahun mengaku kacau rumah tangga orang, anggap ujian Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja suami tunjuk ciri-ciri ‘penyondol’, tak malu ajak sarapan berdua! Siap bergambar nampak macam tengah ‘dating’
"Mula-mula tu bahagia, sekarang saya tengok dia tak tenang. Suami dah bosan kot. Sekarang suami lebih fokus pada bini pertama.
"Tak ada kebahagiaan untuk perempuan yang rampas suami orang. Kalau bahagia pun tak berkekalan," kongsi wanita itu pula.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memberi peringatan kepada kaum Hawa agar tidak menjadi perosak rumah tangga.
Tidak semua wanita boleh menerima poligami. -Gambar hiasan
"Tak pasti tentang kifarah. Tapi hidup penyondol tak akan tenang. Mereka juga risau orang tahu kisah mereka dan perlu hadap stigma masyarakat.
"Kalau tahu lelaki tu dah kahwin, tinggalkan dia secepat mungkin. Lelaki tu tahu awak tak ada nilai sebab awak sanggup jadi perempuan terhina demi dia.
"Menyondol atau tidak, kita sentiasa diuji, diduga. Cuma baguslah apabila kita diuji tu teringat dosa lama, at least sedar diri dan berubah jadi baik," tulis netizen.