suria

Peliknya perangai ibu staf 'intern'! Mahu anak duduk serumah dengan bos, pergi kerja sama-sama masa latihan praktikal

Kebanyakan staf HR ada menyimpan pengalaman lucu dan aneh ketika sesi temu duga. -Gambar hiasan

DALAM proses pengambilan pekerja pastinya majikan mahupun pegawai sumber manusia (HR) berdepan dengan pelbagai ragam calon ketika ditemu duga.

Seorang majikan berkongsi pengalamannya apabila dihubungi ibu kepada pelajar praktikal selepas sesi temu duga.

Menurutnya, ketika sesi itu diadakan, pelajar berkenaan dilihat berpotensi justeru dia tertarik untuk mengambil pelajar berkenaan menjalani latihan praktikal.

Ada kalangan calon membawa ibu bapa, kekasih menemani mereka ketika temu duga. -Gambar hiasanAda kalangan calon membawa ibu bapa, kekasih menemani mereka ketika temu duga. -Gambar hiasan

"Calon intern, resume dah cun, interview pun OK. Saya berminat nak ambil dia intern di tempat saya, sekali mak calon call saya.

"Mak calon nak anak dia duduk serumah dengan saya, makan minum kat rumah saya, pergi dan balik kerja sama-sama naik kereta saya," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ganti anak masuk 'interview' kerja, penemu duga tak sangka boleh berkenan! - “Rasa macam nak ambil mak dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menyibuk ikut masuk sesi temu duga kerja, suami tebal muka mohon maaf lepas ditegur... Siap jeling sebelum keluar!

Menurut wanita tersebut dia kemudian menghubungi pelajar berkenaan dan memaklumkan sebab kenapa permohonannya untuk membuat latihan industri terpaksa ditolak.

"Belum apa-apa maknya dah mengarah-mengarah saya. Better reject daripada timbul masalah di kemudian hari," katanya.

  • Seorang majikan terpaksa tolak seorang calon intern selepas si ibu mahu dia tinggal bersama serta tumpang kereta ke tempat kerja.
  • Pegawai HR turut kongsi pengalaman seorang makcik hadir temuduga jawatan pembantu taska tetapi rupa-rupanya datang mewakili anaknya.
  • Situasi janggal lain termasuk calon datang ditemani kekasih, malah bermesra ketika sesi temuduga.
  • Majikan anggap lebih baik tolak awal calon ‘red flag’ sebelum masalah lebih besar timbul.
  • Kisah ini mencetuskan perbincangan netizen yang rata-rata terhibur dengan ragam pelik calon kerja.

Dia meninggalkan komen itu pada video di TikTok yang meminta majikan dan pegawai HR berkongsi pengalaman unik ketika sesi temu duga.

Selain itu, seorang pegawai HR pula menceritakan kisah seorang makcik yang datang menghadiri temu duga jawatan pembantu taska.

Pengalaman netizen melalui temu duga.Pengalaman netizen melalui temu duga.

"Datang seorang makcik ni, fikir okay je la sebab jawatan pembantu kan. Tengah-tengah interview baru dia beritahu rupanya datang wakil anak, anak tak dapat datang.

"Dari sesi interview bertukar jadi sesi berborak. Nak interview macam mana sebab yang depan mata bukan tuan badan yang nak kerja," katanya.

Ada juga pegawai HR berdepan situasi calon membawa kekasih ketika sesi temu duga.

"Candidate datang bawa teman lelaki. Tengah isi borang sambil gosok tangan, dan calon ni adalah lelaki," katanya.

 

 

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings