suria

Buat ujian kesihatan masuk IPT, bakal siswa terkedu doktor sahkan hamil… Puas fikir bagaimana boleh termengandung

Individu yang terlanjur menghadapi cabaran besar dalam meneruskan pelajaran disebabkan stigma dan tanggungjawab yang semakin berat. -Gambar hiasan

SEBAGAIMANA kita semua sedia maklum, setiap individu yang  berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan para pelajar sihat dan bersedia dari segi fizikal serta mental sebelum memulakan pengajian.

Namun, dalam kesibukan musim pelajar baru hadir ke klinik atau hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, seorang doktor berkongsi kisah seorang pesakitnya, yang mana sesi pemeriksaan rutin bertukar menjadi satu pendedahan mengejutkan.

Pergaulan bebas dalam kalangan remaja boleh mengundang risiko hamil luar nikah. -Gambar hiasan

"Musim budak-budak universiti datang buat medical check-up sekarang kan.

"Doktor-doktor, tolong buat pemeriksaan fizikal betul-betul. Saya didatangi seorang pelajar perempuan, datang buat medical check-up, LMP (menstruasi terakhir) adalah dua bulan lalu, dia beritahu haidnya selalu tak teratur.

"Periksa abdomen, kenapa perut keras semacam? Macam UT palpable (rahim yang dirasa dengan pemeriksaan tangan) seperti saiz kandungan 24 minggu," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Bidan bersungguh kata ‘hamil’, doktor pula sahkan ‘tiada isi’! Persoalan wanita ini terjawab lepas beberapa hari

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis hamil menjelang Ramadan, teman lelaki sedang sambung ‘degree’ takut beritahu mak ayah

Atas rasa tanggungjawab profesional, doktor tersebut berkata dia memutuskan untuk membuat ujian kehamilan (UPT) ke atas pesakit perempuannya itu. 

Namun tanpa disangka, keputusan ujian berkenaan menunjukkan positif sekali gus mengejutkan kedua-dua pihak.

"Mula-mula aku terkejut, bila bagitahu pesakit, dia lagilah terkejut. Puas dia fikir macam mana boleh termengandung," kongsinya lagi sambil menambah, pesakitnya masih belum berkahwin.

  • Seorang doktor berkongsi kisah pelajar perempuan yang datang untuk buat pemeriksaan kesihatan sebelum masuk IPT.

  • Pelajar itu beritahu haidnya selalu tidak teratur, dengan haid terakhir sekitar dua bulan lalu.

  • Pemeriksaan fizikal mendapati rahimnya mengeras, lalu ujian kehamilan dibuat dan didapati positif.

  • Pelajar itu terkejut kerana tidak sedar dirinya hamil, walaupun belum berkahwin dan mengaku tidak tahu tentang kehamilan itu.

  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, termasuk ramai yang membuat spekulasi sendiri.

Tambah doktor berkenaan, hasil pemeriksaan lanjut, pesakit berkenaan mengakui dia sebenarnya langsung tidak menyedari dirinya hamil memandangkan kitaran haidnya yang tidak teratur. 

"Rasanya dia memang tak tahu yang dia tu pregnant. Kalau dia aware dia pregnant, tak kan rela hati bagi buat ujian air kencing.

"Ini kisahnya memang rela tapi masih terkejut," kongsi doktor tersebut lagi. 

Di ruangan komen, perkongsian doktor itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ramai yang bersimpati dengan keadaan pelajar tersebut, namun tidak kurang juga ada yang tampil dengan spekulasi sendiri.

"Dia terkejut sebab segala precautions dah ambil.

"Ada sesetengah tak tahu, buat sekali je (seks) pun kalau kena waktu ovulation tu boleh menjadi. Risau dengan ketidaktahuan ini.

"Saya pernah dapat juga pesakit datang dengan mak ayah, sakit perut. Memang scan ada baby ye. Tapi ketiga-tiga mereka setuju itu bayi jin sebab anak dia tak pernah buat seks," antara komen netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings