SEORANG jururawat Malaysia di Arab Saudi berkongsi pengalaman lucu apabila ditegur oleh rakan senegara gara-gara menggunakan dialek Terengganu ketika berbual.
Menurutnya, pertemuan dengan seorang senior berasal dari Terengganu pada mulanya membuatkan dia teruja kerana jarang dapat bercakap dalam loghat negeri asal.
Bagaimanapun, kegembiraan wanita terbantut selepas ditegur individu itu.
Terdapat segelintir antara kita malu berbahasa negeri sendiri bila berhijrah. -Gambar hiasan
"Masa lima bulan pertama aku jejak kaki kat Saudi, aku teruja jumpa seorang akak orang Pantai Timur, orang Terengganu.
"Jadi aku sembang dengan dia guna slang Terengganu sebab bosan hari-hari cakap KL dan english, pastu dia sound aku.
"Dik, simpan sikit slang Ganu awak tu, kita bukan duduk Malaysia, kita duduk Saudi!” katanya berkongsi pengalaman tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Johor tiada dialek, pemuda ini gigih belajar loghat negeri lain... Dulu kena ‘bahan’ akhirnya fasih sampai disuruh tukar IC!
ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat rupanya bawa diri kerja di Arab Saudi... Tak balik beraya tapi syukur dah tak perlu berkira beri duit untuk mak ayah
Teguran itu membuatkan dia tergamam dan terus mengambil keputusan untuk bercakap dalam bahasa baku walaupun ketika bertemu dengan orang Pantai Timur.
- Seorang jururawat Malaysia di Arab Saudi ditegur rakan senegeri kerana bercakap loghat Terengganu.
- Pada awalnya dia teruja tapi kegembiraan terbantut selepas diminta 'simpan slang Ganu'.
- Sejak itu, jururawat berkenaan memilih untuk bercakap bahasa baku atau bahasa Inggeris walaupun dengan orang Terengganu.
- Netizen berkongsi pengalaman sama, ada yang malu menggunakan dialek negeri apabila berada di luar negara.
- Namun, sebahagian lain tetap bangga dan kekal menggunakan loghat Terengganu walau di mana mereka berada.
"Aku speechless. Lepas hari tu aku memang cakap KL je, kalau aku jumpa orang Pantai Timur pun aku still lagi dengan slang KL," katanya.
Jelasnya, dia lebih berhati-hati menggunakan loghat negeri kerana bimbang menimbulkan reaksi serupa.
Reaksi netizen
Netizen khususnya orang Terengganu mengakui memang terdapat segelintir daripada mereka yang tinggal luar dari negeri tersebut bersikap demikian.
"Saya ada ada jumpa pelajar Terengganu di New Zealand. Apabila saya tanya dia lokasi sebenar di Terengganu, dia cakap maaf tak pandai sebut nama tempat kat Terengganu," katanya.
Namun, ada juga sebahagian masih mengekalkan dialek Terengganu apabila bertemu rakan senegeri walau di mana mereka berada.
"Saya asal Dungun, kita ni kalau jumpa orang kampung tinggal di luar negara, Kuala Lumpur atau kat mana saja, auto akan cakap Terengganu," kata seorang lagi warga maya.