suria

Pasrah kena jaga, sara mak ayah... Lelaki usia 28 tahun anggap peluang berkahwin dah tertutup

Keinginan memiliki keluarga sendiri adalah fitrah manusia. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang mempunyai impian untuk membina kehidupan serta memiliki keluarga sendiri dengan berumah tangga.

Namun bagi jejaka berusia 28 tahun ini, perjalanan hidupnya agak berbeza dengan rakan seusia apabila terpaksa menangguhkan hasrat tersebut demi keluarga.

Menurut lelaki berkenaan, sejak mula bekerja dia sudah memikul tanggungjawab sebagai 'breadwinner', menanggung perbelanjaan harian untuk ibu bapa.

Anak-anak biasanya akan menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur. -Gambar hiasan AI

"Baru-baru ni saya dah terima hakikat, tak akan dapat kahwin. Ibu tak mampu kerja sebab kerap sakit. Ayah pula dah lama tak kerja.

"Faktor umur dan kekangan lain membuatkan memang tak ada majikan nak ambil ayah kerja. Mula-mula saya terima je.

"Memang tanggungjawab saya sebagai anak lelaki jaga mak ayah kan. Tapi lama-lama terasa juga nak ada hidup sendiri," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah 30 tahun tapi belum ada pencapaian macam orang lain sebab jaga mak ayah, anak rasa hidup tak adil!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam kelas, anak-anak aku tak pernah miss top 5” - Suami bangga isterinya limited edition! Resign demi kemanisan berkeluarga, rela hidup sederhana

Dia juga mengakui ibu bapanya tidak memiliki harta justeru dia terpaksa memulakan kehidupan dari bawah.

Malah dengan usaha sendiri, barulah dia dapat berteduh di rumah sewa, ada kenderaan dan cukup makan minum.

Namun begitu, jauh di sudut hati, dia sebenarnya sedih kerana impian untuk bercinta dan mendirikan rumah tangga seakan semakin pudar.

  • Lelaki terpaksa tangguh hasrat bernikah kerana tanggung keluarga sejak mula bekerja.
  • Dia tanggung perbelanjaan ibu yang sakit dan ayah yang sudah lama tak bekerja kerana faktor umur.
  • Walaupun berjaya berdikari, dia tetap sedih kerana impian berumah tangga makin jauh.
  • Pernah bercinta dua kali namun gagal.
  • Kisahnya raih simpati netizen yang menitipkan semangat agar tidak berputus asa soal jodoh.

"Saya pernah cuba bercinta dua kali. Niat memang untuk kahwin. Masa tu rasa yakin mampu usaha. Tapi akhirnya gagal sebab perjalanan terlalu perlahan dan terlebih yakin mungkin.

"Sekarang keyakinan semakin hilang dan impian nak kahwin tu terasa makin jauh. Takat itu saja la luahan saya," jelasnya.

Hantaran dibuat mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan apa yang dikongsikan pengadu itu di Threads.

Komen sesetengah netizen di Threads.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat supaya lelaki ini tidak mudah berputus asa.

"Muda sangat lagi nak putus asa. Orang lelaki makin laku seiring masa. Tunggu saja jodoh, kuatkan ekonomi dulu.

"Tak apa dik, 28 masih muda. Jauh lagi perjalanan adik. Insya-Allah kalau dah tertulis, jodoh tak akan ke mana. 

"Semoga asbab adik ikhlas berkorban untuk keluarga, Allah (balas) dengan hadirkan bidadari dunia terbaik buat adik, keluarga dan agama," ujar beberapa netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings