INDIVIDU yang mempunyai berat badan berlebihan sering menjadi sasaran buli dan penghinaan kerana bentuk fizikal mereka.
Lebih menyedihkan, perkara ini lazimnya berlaku sejak alam persekolahan dan berlarutan sehingga mereka dewasa.
Seorang wanita di Thread turut berkongsi pengalaman dia diejek atas sebab yang sama.
Individu berbadan gempal perlu bersenam jika mereka mahu menguruskan badan. -Gambar hiasan
"Dulu aku pernah kena sindir, orang tu kata seluar dalam mesti besar. Lepas tu dia gelak sinis.
"Sebab masa tu aku chubby, berat aku 54 hingga 55 kilogram (kg) je. Chubby je tapi kena hina macam aku obesiti," imbasnya.
Menurut wanita itu, kata-kata penghinaan yang diterima membuatkan dia nekad untuk menurunkan berat badan.
- Seorang wanita diejek kerana masalah berat badan.
- Paling teruk, saiz seluar dalamnya turut menjadi bahan ejekan.
- Kata-kata penghinaan buatkan dia nekad untuk menurunkan berat badan.
- Walaupun sudah kurus, dia tetap menerima kritikan mengenai penampilan fizikalnya.
- Ramai netizen turut meluahkan pengalaman serupa gara-gara berat badan mereka.
Namun katanya, dia tetap berdepan situasi sama walaupun sudah kurus.
"Aku jaga badan sampai sekarang. Apabila dah kurus, orang cakap tak lawa la, kurus nampak cengkung la.
"Apabila badan berisi atau chubby, kau dianggap kepam. Itu belum lagi muka breakout. Dua-dua (gemuk dan kurus) aku dah rasa," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer tak setuju orang kurus sedapkan hati individu obesiti, selesa bertubuh gempal... Tegaskan tak ada gemuk yang sihat!
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kejadian seram, tapi pemandi jenazah diuji ketika urus mayat obesiti - “Badan kamu amanah Allah”
Tambah wanita berketinggian 152 sentimeter (cm) itu, mereka yang menyindir fizikalnya merupakan kenalan dan juga rakan sekerja.
Di ruangan komen, ramai individu turut berkongsi luahan sama yang mana mereka dihina kerana masalah berat badan.
"Dulu masa 55 kg pun orang kata saya gemuk. Sekarang saya 78 kg, lagilah orang kata gemuk.
Pemakanan sihat merupakan salah satu elemen penting dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal. -Gambar hiasan
"Dulu saya kerja kedai makan. Semua pekerja lelaki ejek saya gemuk, kena perli setiap kali saya makan nasi.
"Dulu masa saya berat 49 kg pun dikategorikan sebagai gemuk. Yang sindir tu kawan baik sendiri," tulis netizen.