AKIBAT terlalu bergantung kepada makanan yang diproses, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun kini menanggung derita apabila disahkan menghidap pelbagai penyakit termasuk diabetes.
Menurut cerita seorang wanita, kanak-kanak malang itu perlu menjalani pemeriksaan hospital setiap minggu.
"Baru borak dengan pengasuh anak saya. Dia cerita anak asuhan dia yang lagi seorang, which is sebaya anak aku dah kena check up hospital every week sebab kencing manis dan salur darah tersumbat," katanya memulakan cerita.
Ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak. -Gambar hiasan
Tambah wanita itu, dia difahamkan makanan menjadi punca kepada masalah kesihatan yang dihidapi kanak-kanak tersebut.
"Mak dia hari-hari bagi nuget, hot dog sebagai makanan utama. Bayangkan budak tu tak pernah makan nasi.
"Dia bagi kat pengasuh dua pek nuget setiap dua minggu sampai pengasuh pun pening. Tu tak kira lagi gula-gula serta jajan," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik serba tak kena pilih jajan untuk anak, pelanggan sebak lepas curi dengar perbualan dengan cashier - “Tak ada peket kecil sikit?”
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ‘bunuh’ anak dengan sosej! Rupanya ‘hot dog’ bukan daging sebenar, penyebab penyakit kronik
Kata wanita itu, perkongsian pengasuh itu menjadi pengajaran buat dia serta ibu bapa lain agar lebih peka dengan pemakanan anak-anak.
- Seorang kanak-kanak 3 tahun perlu jalani pemeriksaan hospital mingguan akibat kencing manis dan saluran darah tersumbat.
- Pengasuh dedah ibu kanak-kanak itu hanya bekalkan nuget dan hot dog setiap hari, tanpa nasi atau makanan seimbang.
- Anak kecil itu juga terbiasa dengan makanan ringan hingga menjejaskan kesihatan.
- Wanita yang berkongsi kisah itu jadikan pengajaran untuk ibu bapa lebih tegas dalam kawal pemakanan anak.
- Netizen cadang ibu bapa supaya buat nuget atau sosej homemade yang lebih sihat.
“Budak tu memang comel dan montel, tapi apabila difikirkan balik, inilah ujian buat ibu bapanya. Bukan salah anak sebab tak mahu makan makanan sihat, tapi ibu bapa yang perlu kawal dan bertegas.
“Nak jadi ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak, tetapi memastikan mereka membesar dengan baik dan sihat. Semoga urusan keluarga itu dipermudahkan,” katanya.
Reaksi netizen
Sementara itu netizen berpandangan adalah tidak salah jika ibu kanak-kanak tersebut mahu membekalkan makanan sedemikian tetapi biarlah yang dibuat sendiri menggunakan bahan berkhasiat.
"Boleh nak bagi anak nuget, sosej tapi yang kita buat sendiri. Bukan yang jual dekat kedai tu. Letak sayur, ayam, nasi. Buat bentuk macam nuget, sosej. Budak makan je.
"Mak-mak kalau tak nak masak, beli barang dapur dekat pengasuh nanti mereka masak la sarapan ringkas macam telur rebus, roti telur, mee hun goreng," kata beberapa netizen memberi pendapat.