suria

“Budak-budak sekarang kurang ajar!” - Wanita tahan sakit senggugut panas hati disindir remaja perempuan gara-gara jalan perlahan

Rasa sakit diserang senggugut boleh menganggu aktiviti harian seseorang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang diserang sakit senggugut berang apabila dia disindir sekumpulan pelajar perempuan ketika berjalan di sebuah pusat membeli-belah.

Dakwanya, salah seorang daripada pelajar sekolah itu mempertikaikan cara dia berjalan perlahan tanpa mengetahui apa yang berlaku pada masa berkenaan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata tindakan pelajar terbabit dianggap biadab kerana dia tidak menghalang laluan sesiapa.

Emosi boleh terganggu akibat teguran memalukan seseorang. -Gambar hiasan AI

"Budak-budak sekarang memang kurang ajar ye? Saya tengah berjalan dekat mall kemudian period pain jadi mestilah jalan perlahan.

"Ada budak-budak perempuan jalan dekat belakang saya. Tiba-tiba seorang budak ni boleh cakap... alah kau ni pun, jalan lambat!

"Eh luas lagi dik mall tu," ceritanya dalam hantaran tersebut.

Jelas pengadu, dia berasa terkilan dengan sikap sekumpulan individu terbabit yang difahamkan jauh lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Cashier biadab bertukar mesra lepas sedar berdepan pelanggan wanita baran - “Laki pun aku pernah tumbuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Bergema satu mall suara bapa tengking anak, pengunjung sebak tengok si kecil dimalukan - “Mommy, pakcik tu jahat”

Menurutnya lagi, kumpulan pelajar itu hanya berani bercakap di belakang dan enggan bertentang mata walaupun dia sudah memandang ke arah mereka.

"Boleh je kau beradab sikit cakap... excuse me. Aku ni bukan adik-adik kau nak kurang ajar. Masa kecil kau makan apa yang kurang ajar sangat ni?

"Orang jenis macam ni memang berani cakap belakang je. Saya pandang semua tapi mereka tak nak tengok saya. Rasa nak cili-cili je biji mata seorang demi seorang," ujarnya lagi.

  • Seorang wanita disindir sekumpulan pelajar ketika berjalan perlahan di sebuah pusat membeli-belah kerana senggugut.
  • Salah seorang pelajar kedengaran mengeluarkan kata sinis dengan menyebut wanita itu berjalan terlalu lambat.
  • Wanita berkenaan menyifatkan tindakan tersebut biadab kerana mereka boleh sahaja meminta izin dengan sopan.
  • Dia mendakwa kumpulan itu hanya mampu bercakap di belakang tanpa berani bertentang mata.
  • Netizen turut mengecam sikap pelajar terbabit yang dianggap kurang adab dan terpengaruh dengan pengaruh kawan sebaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap pelajar terbabit.

Bagaimanapun, mereka tidak menyalahkan didikan ibu bapa di rumah hingga menjadikan generasi muda bersikap biadab.

Komen netizen di media sosial.

"Mereka tu berani sebab ada kawan-kawan je. Cuba kalau tak ada. Kata-kata itu sangat biadab untuk diucapkan. Saya bersimpati dengan apa jadi dekat awak.

"Budak-budak sekarang macam kurang adab dan tak boleh jaga percakapan. Geram ya kalau jadi macam ni.

"Kadang bukan sebab kurang didikan ibu bapa tapi pergaulan dengan kawan-kawan... ini jadi punca mereka jadi tak beradab," komen beberapa warga maya.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings