SETIAP tempat kerja pasti mempunyai macam-macam ragam manusia, contohnya suka buat hal sendiri, kaki kipas, suka membawang dan pelbagai lagi.
Malah, bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada rakan sekerja penuh dengan aura negatif, sebagaimana kisah dikongsikan individu ini mengenai seorang kakitangan di pejabatnya.
Menurutnya, tanpa sebab yang munasabah, kakitangan berkenaan menunjukkan sikap tidak berpuas hati terhadap seorang staf wanita baru hanya kerana individu itu mendapat perhatian staf lelaki.
Persekitaran tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi kakitangan. -Gambar hiasan
"Officemate yang ada title bini orang, siap dah ada anak tiga orang... beriya nak ajak satu office 'palau' budak baru, hanya sebab dia (budak baru) lawa, pandai bergaya dan staf lelaki suka usik dia.
"Dia (staf lama) punya sakit hati tu apabila staf lelaki terlalu peramah dengan that newcomer, sampai marah kita duduk semeja dengan budak tu," tulisnya dalam satu hantaran di laman Threads.
Menganggap perkara tersebut sangat tidak wajar dan bersifat kebudak-budakan, individu berkenaan mengambil pendekatan menegur rakan sekerjanya yang berpangkat 'kakak' itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri anak 3 kecapi nikmat berselingkuh dengan rakan sekerja… Dapat layanan macam baru kahwin - “Rasa macam ada spark!”
Baginya, sikap sedemikian bukan hanya mengundang persekitaran yang toksik, malah adalah sangat tidak manis lebih-lebih lagi rakan sekerjanya itu sudah berstatus isteri orang.
"Senang je jawapan aku. Kau marah sangat dia kenapa kak? Kau pun nak perhatian staf lelaki ke? Laki kau tak cukup bagi kasih sayang?
"Untuk pengetahuan, dia memang sejenis melayan lelaki-lelaki dalam pejabat, konon terpaling manja.
"Apabila ada orang baru datang, saham dia jatuh, perhatian dah beralih kepada yang single, lawa pula tu. Buat apa kacau bini orang. Jadi dekat sini aku nak cakap, kadang-kadang terpaling gedik tu yang dah berlaki," tulisnya lagi.
Seorang individu kongsi kisah rakan sepejabat yang cemburu terhadap staf wanita baru hanya kerana dia cantik, bergaya dan disenangi staf lelaki.
Individu berkenaan mengajak rakan pejabat lain untuk memulaukan staf baru tersebut.
Pengadu menegur rakan sepejabatnya secara terbuka kerana menganggap tindakan itu kebudak-budakan.
Dia juga meluat dengan perangai 'terpaling manja' rakan sepejabatnya itu kerana gedik biarpun sudah berkahwin.
Netizen turut bersetuju dengan tindakannya malah menasihatkan para wanita supaya menjaga batas.
Di ruangan komen, perkongsian individu berkenaan mengundang pelbagai reaksi namun rata-ratanya bersetuju dengan tindakannya memberikan teguran padu kepada rakan sekerjanya itu yang disifatkan terlebih 'merenyam' dan dengki tak bertempat.
Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi situasi sama di tempat kerja masing-masing selain menasihatkan agar wanita yang bekerja supaya menjaga batas pergaulan untuk mengelakkan fitnah.
Sebahagian daripada komen netizen.
"Wanita tak bermaruah. Kesian laki dia. Hadap perhatian dengan lelaki lain selain suami
"Ini betul. Dulu masuk kerja kerajaan, saya suka make-up, pakai tudung Naelofar. Tiba-tiba HOU (ketua unit) asyik cari kesalahan sebab begang kita lebih bergaya daripada dia.
"Aku pernah je nampak perangai member sendiri, bila tak ada ada lakinya bukan main lagi gedik. Bila ada lakinya bukan main behave," komen netizen.