suria

Pemohon bantuan zakat sorok Myvi, peti ais di rumah jiran... Rupanya taktik nak tunjuk hidup susah, papa kedana!

Bantuan zakat bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. -Gambar hiasan Ai (kanan)

BANTUAN zakat dan Baitulmal disediakan bagi meringankan beban golongan asnaf serta mereka yang benar-benar memerlukan.

Namun siapa sangka, ada segelintir yang sanggup berlaku tidak jujur demi mendapatkan wang bantuan biarpun mereka jatuh dalam kategori tidak layak.

Dalam satu perkongsian di laman Threads, seorang individu mendedahkan sisi gelap segelintir penerima zakat yang menipu latar belakang untuk melayakkan diri menerima bantuan.

"Kalau nak diceritakan sisi gelap penerima Baitulmal atau zakat ni, banyak... saya spill satu kes je," tulisnya.

Keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai tanggungan ramai lazimnya layak menerima zakat. -Gambar hiasan

Dedah individu tersebut, dalam satu kes yang benar-benar berlaku, pihak Baitulmal yang membuat lawatan ke rumah calon sebelum menyalurkan bantuan dikejutkan dengan tindakan pemohon yang menyorokkan barangan serta peralatan di rumah jiran.

"Baitulmal nak bagi bantuan, nak lawat rumah. Mereka sorok peti ais, kereta Myvi dan TV di rumah jiran.

"Guys, ini kisah benar. Jangan salahkan sistem. Tapi salahkan mereka yang makan duit haram," tulisnya.

Individu tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identitinya yang sebenar sama ada dia kakitangan di institusi zakat atau pun orang terdekat kepada calon penerima bantuan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit zakat tapi ada barang kemas, sakan melancong... Wanita terkejut kenalan terima bantuan hidup senang

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah bantu saya” - Asnaf mohon batal nama penerima zakat lebih awal, jangka pendapatan stabil September

Namun tegasnya, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja membuatkan ramai yang memandang serang kepada institusi zakat, tetapi juga mengambil hak golongan susah.

"Sebab tu Baitulmal dan zakat ni terpaksa diperketatkan," tulisnya lagi. 

Dia dalam pada itu turut mengingatkan masyarakat agar berlaku jujur jika memohon bantuan kerana ia pasti akan disalurkan sekiranya penerimanya benar-benar layak.

  • Seorang individu dedahkan kisah penerima zakat yang menipu latar belakang untuk dapatkan bantuan.

  • Dalam satu kes, pemohon sorok peti ais, kereta Myvi dan TV di rumah jiran sebelum pegawai Baitulmal datang buat lawatan.

  • Perbuatan menipu bantuan zakat adalah haram kerana mengambil hak golongan susah.

  • Dia menyeru orang ramai supaya jujur kerana bantuan pasti disalurkan kepada yang benar-benar layak.

  • Netizen sokong agar semakan latar belakang dan pemantauan zakat diperketatkan.

"Kalau korang layak, apply. Jangan risau. Yang hak, tetap dapat. Yang menipu, korang tunggu balasan Allah. Itu duit orang yang bekerja keras kerana Allah tau," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan individu yang sanggup menipu demi mendapatkan bantuan zakat.

Ramai turut bersetuju agar institusi zakat terus memperketatkan proses semakan latar belakang, termasuk pemantauan secara berkala selepas bantuan disalurkan.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Menurut mereka, ia demi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada individu layak dan mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kesian mana yang layak tapi kuota dah penuh sebab orang-orang tak sepatutnya.

"Tahu lama dah tapi apabila orang kondem (institusi) zakat, kita mampu diam je... yang minta bukan seorang dua, yang jujur pun bukan semua.

"Realiti banyak yang selesa dengan bantuan sampai tak mahu bekerja, asbab sewa rumah, kos makan minum ditanggung," komen netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings