suria

Tujuh tahun kaunselor sekolah jadi ‘kambing hitam’, dipaksa ajar subjek akademik... Jadi cikgu PJ pun pernah!

Guru mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak serta sahsiah murid. -Gambar hiasan

SEORANG kaunselor sekolah berkongsi pengalaman pahit dalam kariernya apabila dia terpaksa menjadi bidan terjun bagi mengisi kekosongan guru akademik selama tujuh tahun.

Menurutnya, sejak ditempatkan di sekolah yang tidak dinyatakan secara terperinci, dia tidak pernah menjalankan sepenuhnya tugas sebenar sebagai kaunselor. 

Sebaliknya, kekurangan tenaga pengajar menyebabkan dia ditugaskan mengajar subjek yang bukan dalam bidang kepakarannya.

Menjadi pendidik bukannya mudah dan mencabar dalam berdepan pelajar masa kini. -Gambar hiasanMenjadi pendidik bukannya mudah dan mencabar dalam berdepan pelajar masa kini. -Gambar hiasan

"Bayangkan aku jadi kambing hitam tujuh tahun untuk mengisi kekosongan cikgu yang tak ada. Cikgu Bahasa Malaysia (BM) tiada, aku isi.

"Datang cikgu BM, kemudian cikgu matematik pindah... aku pula mengajar matematik. Sekolah kurang cikgu Pendidikan Jasmani (PJ), aku pula dilambak jadi cikgu PJ," katanya di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak 'fake' macam pondan" - Guru sabar, tak 'koyak' pelajar lelaki kutuk mekap! Habis kelas terus selfie periksa wajah

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak puas hati dilarang makan di kantin sekolah, persoal pangkat guru kelas nak kuat kuasa peraturan

Lebih mengecewakan, aduan lelaki itu menggunakan pekeliling rasmi dan laporan ke Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mendapat tindakan sewajarnya.

Namun, di sebalik ujian itu, dia menerima rezeki yang tidak disangka apabila permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) diluluskan sekali gus mengubah perjalanan kariernya.

  • Seorang kaunselor sekolah kongsi pengalaman pahit tujuh tahun dipaksa mengisi kekosongan guru akademik.
  • Beliau pernah ditugaskan mengajar subjek BM, Matematik hingga PJ, walaupun bukan bidang kepakaran.
  • Aduan rasmi kepada KPM tidak membuahkan hasil, menyebabkan dia rasa terpinggir.
  • Namun, rezeki datang apabila permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) diluluskan.
  • Kaunselor itu menasihatkan rakan pendidik supaya bersabar dengan aturan Allah kerana rezeki datang dalam bentuk berbeza.

"Melalui HLP, aku bukan sahaja dapat peluang berpindah, malah dapat menyambung pengajian, menikmati penajaan penuh, gaji berjalan, elaun belajar serta ditempatkan di lokasi yang diidamkan.

“Kalaulah aku hanya dapat pertukaran biasa (EgTukar), mungkin saya sekadar berpindah sahaja. Tetapi Allah atur lebih manis," katanya penuh bersyukur.

Untuk makluman HLP adalah satu program tajaan kerajaan untuk penjawat awam melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan PhD).

Tugas utama kaunselor sekolah termasuk merancang dan melaksanakan program bimbingan dan kaunseling -Gambar hiasan AITugas utama kaunselor sekolah termasuk merancang dan melaksanakan program bimbingan dan kaunseling -Gambar hiasan AI

Kaunselor itu juga menasihatkan kepada rakan-rakan pendidik yang gagal dalam permohonan EgTukar agar tidak berputus asa dengan aturan Allah.

“Jangan berburuk sangka dengan takdir. Mungkin bukan sekarang, mungkin esok atau tahun depan. Percayalah, Allah susun rezeki lebih baik dari apa yang kita minta,” katanya.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings