suria

“Takkan nak ‘puasa’ sepanjang hidup?” - Wanita rasa teraniaya, rupanya perkahwinan ketiga dengan lelaki mati pucuk!

Masalah hubungan intim boleh memberi kesan besar kepada sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan

KEGAGALAN dalam dua perkahwinan sebelum ini tidak mematahkan semangat seorang wanita untuk mencari sinar baharu dalam hidupnya.

Namun, perjalanan hidup wanita ini sekali lagi diuji apabila rumah tangga yang dibina untuk kali ketiga, nyata tidak seperti yang diimpikan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita tersebut berkata perkahwinannya yang baru memasuki usia tiga tahun kini dilanda badai berpunca daripada suaminya yang gagal memberi nafkah batin.

Suami isteri perlu berkomunikasi setiap kali mempunyai masalah, untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

"Apalah malang nasib saya. Ini bukan perkahwinan kali pertama, bukan juga kali kedua. Tapi perkahwinan baru kali ni... rupa-rupanya alat kelamin suami saya tak berfungsi.

"Padahal sebelum kahwin dia tahu dah masalah dia ni. Tapi nak kahwin juga dengan saya. Aniaya saya macam ni," tulisnya dalam perkongsian di sebuah grup Facebook. 

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia sudah puas menasihati suaminya untuk mendapatkan rawatan namun semuanya tidak berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gempal damba nafkah batin, rindu dibelai! Dah cuba pikat, pakai 'perfume' pun suami tak bernafsu- "Peluk kena marah"

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi dugaan kahwin wanita Arab, tuntut nafkah batin sepanjang hari! - “Setiap kali solat kena mandi wajib”

Sama seperti isteri normal lain yang mendambakan kasih sayang serta sentuhan suami, wanita berkenaan mengakui keadaan itu memberi kesan besar dalam perkahwinannya.

"Takkan la saya nak berpuasa sepanjang hidup saya? Takkan la nak cerai lagi?" tulisnya.

Biarpun terdetik mahu berpisah, namun wanita tersebut dalam masa yang sama berada dalam dilema kerana bimbang dipersalahkan menjadi punca penceraian. 

  • Seorang diuji apabila suaminya mengalami masalah alat kelamin tidak berfungsi.

  • Wanita itu kecewa kerana suami sudah tahu masalah tersebut sebelum kahwin tetapi tetap meneruskan perkahwinan.

  • Dia sudah menasihati suami untuk rawatan, tapi tiada perubahan, menyebabkan dia rasa tertekan dan kecewa.

  • Wanita itu bimbang jika bercerai, dia akan dipersalahkan dan dituduh penyebab masalah memandangkan ini perkahwinan ketiganya.

  • Netizen mencadangkan dia dapatkan kaunseling, rujuk pejabat agama, atau tuntut penceraian.

"Kalau cerai lagi mesti orang kata saya yang buat banyak masalah, asyik kahwin cerai. Sedihnya saya. Tolonglah bagi kata-kata semangat," tulisnya lagi sambil meminta pandangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan, dengan rata-ratanya memberikan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalahnya.

Majoriti daripada mereka menyarankan supaya wanita tersebut mendapatkan nasihat kaunselor perkahwinan atau merujuk masalahnya ke pejabat agama.

Sebahagian daripada komen netizen.

Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat supaya wanita tersebut memfailkan penceraian kerana mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian.

"Minta cerai cara baik atau tuntut fasakh, tak dapat tunai nafkah batin hukumnya haram.

"Cerai sajalah. Tak sempurna nikah kalau tak ada nafkah batin. Lainlah sebelum nikah awak dah tahu dia macam tu.

"Abaikan apa orang nak kata. Lama-lama diamlah... bahgiakan diri sendiri dulu," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings