suria

Guru dedah kenapa ramai ibu bapa hantar anak ke SJKC! Tak 'berderet' program, murid-guru kekal fokus... PIBG padu

Tugas guru dalam mendidik kian mencabar seiring dengan perkembangan teknologi. -Gambar hiasan

SEORANG guru berkongsi pandangan peribadi mengenai 'trend' dalam kalangan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), berbanding Sekolah Kebangsaan (SK).

Menurutnya, salah satu faktor utama disebabkan SJKC memberi fokus yang tinggi terhadap pembelajaran dan disiplin.

Selain itu, katanya, para guru di SJKC lebih banyak memberi tumpuan kepada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), tanpa terlalu terbeban dengan program sampingan.

PIBG memainkan peranan penting khususnya dalam mendapatkan sumber kewangan bagi membantu sekolah. -Gambar hiasanPIBG memainkan peranan penting khususnya dalam mendapatkan sumber kewangan bagi membantu sekolah. -Gambar hiasan

"Kenapa ramai sekarang ibu bapa hantar anak ke SJKC? Salah satunya sebab SJKC fokus belajar, disiplin. Tak pulun nak buat semua.

"Cikgu pun banyak kerja yang fokus pada PdPc, SK? Semua program nak buat, semua sukan semua pertandingan nak masuk," dakwanya.

Guru tersebut turut menambah, ibu bapa di SJKC juga biasanya bersikap pemurah dan prihatin terhadap pendidikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bersuara, agenda mesyuarat PIBG dianggap kuno... Meleret sambut VIP punca ramai tak hadir - “Cikgu pun meluat, buang masa!”

Justeru dana PIBG mereka lebih kukuh, lalu banyak disalurkan untuk menaik taraf kemudahan kelas agar murid selesa belajar.

"Perbelanjaan lebih kepada menaik taraf fasiliti di dalam kelas. Pastikan 'tip top' dan selesa untuk murid belajar.

"Duit dibelanjakan dengan berhemah. Tak buang duit kat program yang bukan-bukan, bila tak banyak program tak ada print banner banyak-banyak,  print flyers," katanya.

  • Seorang guru kongsi pandangan - ibu bapa hantar anak ke SJKC kerana faktor disiplin dan tumpuan kepada pembelajaran.
  • Guru di SJKC didakwa lebih fokus kepada PdPc tanpa terbeban dengan banyak program sampingan seperti di SK.
  • Penglibatan ibu bapa di SJKC dilihat tinggi, PIBG kukuh serta dana disalurkan untuk menaik taraf fasiliti kelas demi keselesaan murid.
  • SK dilihat dibebankan dengan pelbagai sambutan dan aktiviti hampir setiap bulan sehingga jejaskan fokus guru untuk mengajar.
  • Perkongsian itu turut disokong oleh guru lain yang pernah berkhidmat di kedua-dua aliran, mengakui bahawa penglibatan ibu bapa di SJKC lebih tersusun dan berkesan.

Sebaliknya, katanya, SK sering dibebankan dengan terlalu banyak program dengan hampir setiap bulan ada sahaja sambutan atau aktiviti.

Antaranya kempen anti dadah, kempen anti buli, merentas desa, hari sukan dan banyak acara lagi.

“Bayangkan kalau sekolah menengah, subjek ada banyak, maka program pun berganda. Guru akhirnya tertekan kerana kerja asal mengajar, terpaksa dikongsi dengan terlalu banyak aktiviti tambahan,” katanya.

Menurutnya lagi, ada segelintir warga sekolah seperti 'alergik' pada dinding kosong, hingga setiap ruang mahu ditampal poster atau dihias langsir.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

“Di SJKC, duit tidak dibazirkan untuk langsir atau hiasan yang tidak perlu. Semua lebih praktikal, berfokus dan berhemah,” katanya.

Perkongsian itu diakui ibu bapa serta guru yang pernah mengajar di kedua-dua sekolah tersebut.

"Saya pernah mengajar di SJKC dan SK. Betul 'point' cikgu.

"Dekat SJKC penglibatan ibu bapa dahsyat, PIBG tubuh sukarelawan yang setiap tahun boleh daftar dan pilih program apa nak terlibat.

"So cikgu tak pening, sukarelawan parents ni la yang urus tadbir bersama guru besar, penyelia petang dan guru kanan.

"Jadi cikgu tak terganggu dengan program dan boleh fokus mengajar. PIBG fikir cari duit bantu sekolah bukan harap bantuan kerajaan," katanya.

 

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings