MUSIM cuti persekolahan lazimnya menjadi pilihan ramai pasangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Golongan jurufoto yang menyediakan perkhidmatan merakam detik istimewa ini biasanya menjadi antara individu yang paling sibuk, dengan banyak tempahan diterima berbulan-bulan lebih awal.
Justeru, sebarang perubahan saat akhir daripada pihak klien boleh memberi kesan besar kepada jadual dan pendapatan mereka.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial, seorang jurufoto meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kliennya yang tidak memaklumkan lebih awal tentang pembatalan majlis, sekali gus mengakibatkan dia menanggung kerugian.
Tangkap layar mesej klien yang dikongsikan jurufoto berkenaan.
"Penatlah dapat klien macam ni, engkau dah tahu majlis kahwin batal, maklumkanlah awal-awal.
"Admin aku dah ingatkan, kau buat senyap hari tu. Aku ni dah tolak job lebih 10 klien untuk tarikh tu, lepas tu siapa nak tanggung team aku yang tak ada job esok ni?" tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’
Dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) mesej daripada kliennya di aplikasi WhatsApp, yang memaklumkan pembatalan majlis kahwin dan mengakui kesilapan kerana terlupa memaklumkan tentang perkara tersebut.
Apa yang lebih mengecewakan, klien tersebut hanya tersedar selepas jurufoto berkenaan menghantar mesej terlebih dahulu bagi bertanyakan waktu untuk membuat persediaan di majlis kahwinnya.
Seorang jurufoto kecewa klien batalkan majlis kahwin saat akhir tanpa maklumkan lebih awal.
Dia sudah tolak lebih 10 klien lain untuk beri komitmen pada tarikh tersebut.
Klien berkenaan hanya maklumkan pembatalan selepas jurufoto bertanya waktu persediaan majlis.
Deposit berjumlah kurang RM500 tidak dapat menampung kerugian besar yang dialami.
Jurufoto berharap bakal pengantin lebih bertanggungjawab dan maklum awal jika ada perubahan majlis.
Tambah jurufoto tersebut, meskipun bayaran deposit yang dibayar oleh klien berkenaan sudah diambil, namun jumlah berkenaan yang lazimnya kurang dari RM500, tidak dapat menyamai kerugian yang ditanggung.
"Nak bandingkan dengan total amount, masih rugi. Sebab kita dah tolak banyak klien lain untuk tarikh tu.
"Lagi satu sebab tarikh tu memang hot date (cuti sekolah serentak cuti hujung minggu) ramai orang kahwin nak book.
"Tak pastilah klien tipu ke tak, kalau tipu biar Tuhan sajalah balas orang macam ni," tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Sekadar meluahkan kekecewaannya di laman sosial, jurufoto berkenaan dalam masa yang sama berharap agar perkongsiannya memberi mesej kepada bakal mempelai agar tidak menganiaya pihak-pihak berkepentingan sekiranya majlis dibatalkan atau pun terdapat perubahan.
"Ia sangat menyusahkan, kita ni tak sama dengan orang makan gaji bulan-bulan. Tak ada job, tak ada lah duit," tulisnya lagi.