suria

Dah tak larat bayar bank, anak biarkan kereta bapa ditarik... Rasa diri ketinggalan, lama kerja masih tiada simpanan

Memiliki kenderaan memerlukan kewangan kukuh untuk bayaran bulanan. -Gambar hiasan AI

KERETA yang diberikan seorang anak kepada bapa untuk kegunaan harian akhirnya ditarik pihak bank selepas dia selaku pemilik tidak lagi mampu menanggung bayaran bulanan.

Perkara itu dikongsikan individu berkenaan menerusi hantaran di media sosial yang meluahkan rasa kecewa dengan situasi menimpa dirinya.

Dia mengakui berada dalam dilema dan dibelenggu rasa bersalah terhadap keluarga tetapi pada masa sama sudah terlalu penat menanggung beban seorang diri.

Memenuhi permintaan dan keperluan ibu bapa bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan

"Akhirnya kereta kena tarik. Rasa bersalah dengan famili sebab kereta tu saya bagi dekat ayah untuk digunakan.

"Lagi satu sisi, saya dah penat... dah tak boleh tanggung semua tapi orang tak akan faham," luahnya dalam perkongsian di Threads.

Tambahnya lagi, dia berasa ketinggalan berbanding rakan-rakan lain apabila masih belum memiliki sebarang hasil selepas tiga tahun bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup makin terdesak, pemuda rancang tukar nombor plat palsu... Takut kereta kena tarik, tak boleh hantar anak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes merudum, ‘Honda ketam’ kebanggaan kena tarik... Suami tersentak lihat tangisan isteri saat kunci diserah

Masalah tersebut terjadi disebabkan halangan yang muncul, membuatkan semua perancangan tidak menjadi setiap kali cuba menyimpan.

"Tipu kalau saya kata tak cemburu tengok kawan-kawan tak perlu tanggung keluarga. Siap boleh bina keluarga sendiri tapi saya tak boleh.

"Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Ini ujian untuk saya. Sampai satu tahap, saya hanya tinggal bersangka baik je dengan Allah.

  • Kereta untuk kegunaan bapa ditarik bank sebab anak tak mampu bayar.
  • Anak rasa bersalah pada keluarga, dalam masa sama penat tanggung beban.
  • Selepas tiga tahun kerja, masih tiada simpanan atau aset.
  • Dia anggap ujian hidup dan hanya mampu bersangka baik pada Allah.
  • Netizen simpati, beri sokongan dan nasihat hubungi bank awal.

"Saya tak ada apa-apa. Lesen, wang simpanan dan emas tak ada. Simpanlah macam mana sekali pun, mesti akan ada perkara membuatkan semua rancangan saya tak jadi," katanya.

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih simpati ramai selepas ia menjadi tular.

Rata-rata warga maya menyatakan pendapat mereka serta sudi membantu bagi meringankan beban susulan perkongsian yang dibuat.

Antara komen netizen pada hantaran asal.

"Babe, kalau nak bercerita boleh cerita dekat saya. Jaga kesihatan mental dulu, itu lebih baik. Kalau rasa sakit dengan keadaan, lebih baik lepaskan.

"Sebelum kena tarik, awak ada hubungi pihak bank minta pengurangan bayaran bulanan dan terangkan masalah awak? 

"Sebab bank biasanya sedia membantu kalau dihubungi sebelum sampai ke tahap kereta ditarik," komen beberapa netizen.

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings