HATI isteri mana tidak sedih apabila pengorbanan yang dicurahkan seikhlas hati akhirnya dibalas dengan talak.
Demikian kisah hidup wanita ini yang mana rumah tangganya dilanda badai gara-gara hasutan keluarga mentua.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, wanita itu yang tidak mendedahkan identiti sebenar berkata, kisah bermula apabila dia meluahkan hasrat untuk bercuti kepada suaminya selepas selesai menjalani tempoh berpantang.
"Awal-awal kahwin saya berkorban tak pergi honeymoon demi nak teman mentua saya. Saya pregnant ada alahan teruk tak boleh masuk dapur tapi saya kuatkan juga masak untuk mak mentua dan anak beranak diaorang. Bukan sikit tau menu, banyak!
Bulan madu adalah tempoh terbaik untuk suami isteri meluangkan masa berdua-duaan. -Gambar hiasan
"Tapi lepas je pantang, ajak suami daytrip bercuti... terus FIL (bapa mentua) bising maki hina saya dan suasana jadi tegang. Suami ceraikan saya disebabkan hasutan," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut wanita ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka perangai keluarga mentuanya sebegitu rupa apatah lagi selama menjadi menantu, dia berusaha mengambil hati dan mengenepikan kepentingan diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Hina kediaman flat baru dibeli, menantu beranikan diri ‘menjawab’ sampai mentua terdiam - “Macam rumah hantu”
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul"
"Saya menyesal tak kenal dulu keluarga diaorang sebab suami tak pernah bawa jumpa.
"Dekat-dekat nak kahwin baru jumpa, jadi tak tahu perangai toksik diaorang," luahnya lagi.
Bagaimanapun tambah wanita itu, dia dan suami sepakat untuk rujuk selepas dua bulan bercerai kerana lelaki tersebut mengakui kesilapannya yang terlalu mengikut perasaan.
Seorang wanita diceraikan selepas ajak suami pergi bercuti sebaik habis berpantang.
Dia berkorban sejak awal perkahwinan, termasuk tidak honeymoon dan masak untuk keluarga mentua walau alami alahan ketika hamil.
Hasrat untuk bercuti ditentang keluarga mentua hingga menyebabkan pergaduhan dan akhirnya suaminya jatuhkan talak.
Mereka rujuk semula selepas dua bulan, suami mengaku silap termakan hasutan keluarga.
Netizen beri sokongan dan nasihat supaya wanita itu lebih berhati-hati serta utamakan kebahagiaan diri sendiri.
"Kami masih status suami isteri sekarang. Dia yang merayu nak rujuk, dia cakap time tu dia lost, tertekan sebab keluarga dia hasut.
"Sekarang tengah slow-slow belajar untuk tak terlebih sayang pada suami supaya lepas ni boleh prepare siap-siap jika benda ni berlaku lagi," kongsinya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mengecam tindakan keluarga mentuanya yang dianggap sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
Tidak kurang juga ramai yang berkongsi nasihat dan menganggap kisah wanita tersebut sebagai satu bentuk peringatan buat wanita lain supaya lebih berhati-hati sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Sebahagian daripada komen netizen.
"Kalau suami pun 'mangkuk hayun' tak nampak pengorbanan isteri sendiri, lebih percaya kepada keluarga dia, eloklah dipulangkan semula kepada keluarga dia.
"Stand by mode untuk lari kalau keadaan makin teruk. Faham, banyak faktor awak terpaksa consider, termasuk mungkin baby kecil lagi. Untuk masa sekarang pastikan awak ada sumber kewangan sendiri.
"Lepas ni kalau dia ceraikan lagi, tolonglah jangan get back balik," demikian antara komen netizen.