DALAM sesebuah perkahwinan, fasa menyesuaikan diri dengan keluarga mentua bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang tinggal di bawah satu bumbung.
Ada segelintir keluarga mentua atau ipar yang tidak menyambut kedatangan ahli keluarga baharu dengan tangan terbuka, kerana masih menganggap menantu sebagai orang luar.
Berdepan dengan situasi sama, seorang wanita tampil membuat perkongsian di laman sosial meluahkan kesedihan mengenai sikap keluarga mentua yang memberikan layanan dingin terhadapnya.
Segelintir wanita berdepan dilema apabila menetap sebumbung dengan mentua. -Gambar hiasan
"Esok (hari ni) adik ipar perempuan bertunang. Dan beberapa hari lepas, bapa mentua dah pesan tapi lebih kepada bagi amaran. Nanti Sabtu dengan Ahad ada kenduri, jangan duduk terperap dalam bilik.
"Tapi tak ada seorang pun ajak aku berborak, ajak aku makan, ajak aku buat kerja padahal dah tanya, nak kena buat apa ni?
"Kata anggap aku family tapi macam aku sorang je beriya nak adapt dengan culture keluarga mentua ni tau," tulisnya di hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru habis pantang ajak pergi bercuti, suami terus lafaz talak sebab mak ayah hasut! Lepas 2 bulan rayu nak rujuk
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul"
Menurut wanita tersebut, dia bukanlah seorang individu 'kera sumbang' namun setiap percubaannya untuk bergaul dengan keluarga mentua tidak diraikan menyebabkan dia sendiri mati akal.
Namun ujarnya dia bersyukur apabila suaminya memahami keadaan berkenaan dan mempertahankan dirinya apabila 'disembur' bapa mentua.
"Suami cakap dengan bapanya, takpe biarlah, sebab bini orang tengah mengandung. Kalau nak buat apa-apa, panggil je orang.
"Doakan saya dapat keluar dari rumah ni. Saya nak duduk rumah family sendiri tapi saya yatim piatu," tulisnya lagi.
Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dilayan dingin oleh keluarga mentua walaupun tinggal sebumbung.
Dia mendakwa tiada seorang pun ahli keluarga mentua yang mengajak berbual, makan, atau melibatkan dirinya dalam persiapan kenduri.
Wanita itu berkata dia sudah cuba menyesuaikan diri, namun usahanya tidak dihargai dan dianggap sebagai orang luar.
Walaupun kecewa, dia bersyukur kerana suaminya memahami dan mempertahankan dirinya.
Luahannya mendapat simpati ramai netizen yang pernah alami situasi sama dan memberi kata-kata semangat.
Di ruangan komen, luahan wanita berkenaan mengundang simpati warga maya yang seolah-olah memahami situasinya lantaran pernah berdepan situasi sama.
Rata-ratanya memberikan kata semangat selain menyarankannya untuk terus kuat dan berfikiran positif walaupun berada dalam persekitaran yang tidak menyenangkan.
Netizen memberikan kata semnagta buat wanita berkenaan.
"Kalau saya, pergi dekat saudara-mara mana yang sekepala dengan saya yang boleh bawa borak. Dah in-law tak layan, kita pergi buat meriah dengan saudara lain.
"Kalau saya, saya layan budak-budak je. Tak pun saya makan.
"Duduk je sis dekat mana tempat ramai-ramai orang tu. Orang tak cakap dengan kita pun takpe. Duduk dan dengar sajalah diorang berborak," demikian komen netizen.