suria

Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan

Nafkah bulanan yang tidak menentu menjadi faktor isteri melarang poligami. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki memberikan pandangannya mengenai isu poligami yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, alasan utama ramai wanita tidak merestui suami masing-masing berpoligami adalah kerana faktor kewangan.

Jelasnya, alasan kewangan sudah cukup kukuh untuk setiap isteri menghalang suami mereka daripada berpoligami.

Poligami menuntut suami bertindak adil terhadap setiap isteri. -Gambar hiasanPoligami menuntut suami bertindak adil terhadap setiap isteri. -Gambar hiasan

"Perempuan tak bagi lelaki berpoligami sebab dia tahu laki dia tak ada duit. Kalau ayat kasarnya, miskin. 

"Bini satu pun nak keluar ke mall pun susah, masa untuk anak pun culas, apatah lagi kalau berbini dua,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami... Setuju poligami tapi bersyarat

ARTIKEL BERKAITAN: Orang muda tak faham, isu dalam kelambu pendorong poligami... Kes isteri tak larat, hilang minat layan suami kuat seks pun banyak!

Lelaki itu turut menegur sikap segelintir suami yang tidak mampu menunaikan nafkah dengan baik, malah ada yang memberi jumlah tidak tetap kepada isteri.

"Nafkah pun kadang RM100, kadang RM50. Jadi kalau ada dua bini macam mana?" katanya.

  • Seorang lelaki berkata ramai wanita enggan restu poligami kerana tahu kemampuan kewangan suami.
  • Katanya, ada suami yang culas beri nafkah, malah jumlahnya tidak konsisten.
  • Dia sindir sikap suami yang kedekut dengan isteri, tetapi sanggup bermewah dengan wanita lain.
  • Antara kisah dikongsi, ada lelaki belikan emas untuk ‘sidechick’ menggunakan duit advance syarikat.
  • Perkongsian itu mendapat sokongan netizen, khususnya wanita, yang setuju isu kewangan menjadi punca utama poligami ditolak.

Menurutnya, ada juga lelaki yang kedekut dengan isteri sendiri, namun sanggup berbelanja besar untuk wanita lain.

“Ada yang kantoi, dengan bini bukan main berkira, tapi dengan sidechick siap belikan emas Poh Kong, hasil minta advance dekat company. Mana tak mengamuk bini,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian lelaki tersebut nyata mendapat sokongan dan diakui warga maya terutama dalam kalangan wanita.

"Setuju, MyKasih pun dapat tiap bulan ada hati pula nak berpoligami.

"Kadang jantan yang perasan berduit ni la acah nak berpoligami, sedangkan semua bini yang urus.

"Betul sangat. Bini kenal sangat tahap suami masing-masing. Sebab kesian tu la tak mau bagi kahwin lagi," katanya.

 

Artikel Lain