LAZIMNYA rungutan isu parkir di kawasan perumahan yang dikongsikan di laman sosial melibatkan rumah jenis bertingkat ataupun kawasan kejiranan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Rupa-rupanya masalah tersebut turut dihadapi mereka yang menetap di kawasan perumahan kategori T20!
Dalam satu perkongsian di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap seorang jirannya yang menguji kesabaran gara-gara memarkir kereta-keretanya di halaman kosong yang terletak betul-betul di sebelah tingkap kediaman miliknya.
Memarkir kenderaan sesuka hati boleh mengundang masalah sesama jiran. -Gambar hiasan
"Apa perlu buat dengan manusia yang macam ni? Rumah ada porch besar. Tapi tepi tingkap orang juga yang dia parking. Tepi dapur sis pula tu. Dah satu hal aku nak memasak kena pakai tudung?" tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut wanita tersebut, ia bukan 'kejadian' kali pertama dan dia sendiri sudah menegur jirannya itu secara baik namun tindakan itu tidak berkesan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rumah nampak cantik, bersih... Individu letak tong sampah di kediaman jiran, siap tolong buatkan tapak simen
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘rancak’ besarkan rumah, lelaki terkejut juru ukur sahkan 70 peratus binaan berada atas tanahnya - “Dia buang kayu penanda”
"Sudahnya dia rasa trigger, terus dia bawa kereta lagi satu park dekat situ.
"Ingat duduk sini boleh aman-aman, layan kehijauan tapi dapat pula jiran macam ni," luahnya lagi.
Disebabkan sikap 'tidak makan saman' jirannya itu, wanita tersebut berkata dia tidak mempunyai pilihan melainkan membuat aduan kepada persatuan penduduk namun masalah tetap tidak selesai.
Seorang wanita geram jiran parkir kereta betul-betul di tepi tingkap dapurnya walau ada porch sendiri.
Wanita itu sudah tegur secara baik, tetapi jiran tetap berdegil dan makin menjadi-jadi.
Dia pernah buat aduan kepada persatuan penduduk, namun masalah tidak selesai.
Masalah parkir ini berlaku walaupun mereka tinggal di kawasan perumahan kategori T20.
Netizen sokong wanita itu dan kecam sikap jiran yang tiada adab serta tidak sensitif terhadap orang sekeliling.
"Solusi ketiga, sabar kejap," tulisnya namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai tindakan yang bakal diambil.
Dalam perkongsiannya, wanita tersebut turut memuat naik gambar dua buah kereta jirannya yang diparkir berhampiran tingkap dapurnya itu.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan jiran wanita itu terlalu ego serta tidak mempunyai common sense.
Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen yang turut meluahkan perasaan geram.
Mereka dalam masa sama menyarankan wanita berkenaan mengambil tindakan tegas untuk memberi pengajaran kepada individu tersebut mengenai adab berjiran.
"Rumah T20 pun ada masalah macam ni ya.
"Tak ada sivik. Apa kata sis pula parking situ nanti. Geram pula kita.
"Selalu kereta besar otak kecil, selalunya la," antara komen netizen.