suria

Bahagianya hidup suami bagi 'cuti datang haid', suruh 'tutup' dapur... Seminggu tak buat kerja rumah, cuma perlu jaga emosi

Suami yang baik akan sentiasa berusaha untuk meringankan beban isteri. -Gambar hiasan AI

SUAMI yang baik adalah anugerah terindah yang mampu membawa kebahagiaan kepada isteri.

Di Threads, seorang wanita berkata suaminya tidak membenarkan dia membuat kerja rumah ketika datang bulan.

Menurutnya, dia diminta menjaga emosi dalam fasa itu dan tidak membebankan tubuh dengan kerja-kerja harian yang biasa dilakukannya.

Suami pasti gembira jika isteri sering memasak makanan kegemaran. -Gambar hiasan AI

"Saya kalau 'ABC' (Allah bagi cuti), memang suami tak izinkan buat apa-apa kerja rumah. Katanya, masa ni saya perlu jaga emosi.

"Dengar perbualan dia dengan anak. Anak tanya kenapa mummy tak boleh masak? Suami kata, solat dan baca al-Quran pun Allah bagi cuti.

"Jadi tak kanlah daddy tak mahu bagi cuti. Allah pun bagi mummy rest, kita pun bagi mummy rest seminggu je setiap bulan," kongsi wanita itu.

  • Wanita dedah suaminya tak benarkan dia buat kerja rumah ketika datang bulan.
  • Dia diminta jaga emosi dan tak lakukan kerja harian.
  • Sepanjang tempoh itu, mereka hanya pesan makanan melalui aplikasi.
  • Netizen puji suami, sifatkan dia prihatin, dan penyayang.
  • Ramai impi pasangan seperti suami wanita itu dan ingin mencontohi amalan mereka.

Tambahnya lagi, sepanjang berada dalam keadaan tidak suci, mereka akan memesan makanan menerusi aplikasi dalam talian sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji keperibadian mulia suami kepada wanita itu.

Kata netizen lagi, wanita itu beruntung dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang dingin lepas 5 tahun kahwin... Rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kena rayu untuk tidur sekali... Isteri dah tiada rasa kasih ketika 'bersama', siap boleh gaduh

"Rezeki sangat sis dapat suami yang sweet. Semoga Allah pelihara hubungan hingga ke jannah.

"Mad respect untuk encik. Terima kasih faham isteri dan jaga keluarga elok-elok.

"Sukanya. Moga Allah menjaga hubungan sis dan suami hingga ke akhirnya," tulis netizen.

Segelintir wanita terpaksa berendam air mata kerana sikap suami. -Gambar hiasan AI

Dalam pada itu, beberapa individu di ruangan komen turut meluahkan hasrat untuk mencari pasangan sebaik suami wanita itu.

"Sis kongsilah apa amalan awak sehingga dapat suami macam ni.

"Semoga saya pun jumpa cinta (suami) seperti ini," tulis beberapa netizen lagi.

 

Artikel Lain