KETIKA perkahwinan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi bualan ramai, tidak semena-mena seorang gadis turut menuai perhatian netizen di TikTok.
Bukan kerana kontroversi, namun gadis dari Telok Panglima Garang, Selangor itu terkena tempias gara-gara wajahnya dikatakan mirip Amira.
Ketika dihubungi mStar, Nurul Najwa, 23, berkata paling ketara apabila dia berkongsi foto mengenakan busana merah jambu sambil memegang bunga tangan bak pengantin.
Wajah Najwa (kanan) dikatakan mirip dengan Amira Othman (kiri).
"Mula-mula saya post gambar tu, tak ada view atau like sangat pun. Tiba-tiba je ramai yang komen kata muka sama macam Amira Othman. Sampai sekarang pun masih tak berhenti," katanya kepada mStar.
Najwa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai bakeri itu berkata, ini bukan kali pertama wajahnya dikaitkan dengan penyanyi lagu Hati Hati tersebut.
Katanya, komen-komen netizen turut mencuit hatinya apabila ada yang 'tersasul' mengucapkan tahniah seolah-olah dia baharu saja mendirikan rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman sedia galas tanggungjawab sebagai ibu tiri... “Saya tiada masalah”
"Sebenarnya sejak tiga tahun lepas, ada yang tegur muka saya macam Amira. Lagi-lagi kerja cashier memang jumpa dan berdepan ramai orang. Tapi kali ini saya terkejut sebab tiba-tiba viral.
"Ramai yang ucapkan selamat pengantin baharu, suruh jaga Fattah dan Nur Fatima Aisya (anak tiri Amira) elok-elok. Saya pun tergelak apabila baca. Sebenarnya saya sendiri tak rasa sama sangat pun macam Amira.
"Mungkin pandangan orang lain, ada iras. Apa-apa pun terima kasih dan saya anggap itu pujian sebab Amira memang cantik," katanya sambil menambah persamaan mungkin pada bentuk muka dan hidung.
- Najwa viral di TikTok selepas wajahnya dikatakan seiras Amira Othman.
- Dia terkejut akaun diserbu netizen, siap ada yang ucap tahniah.
- Sejak tiga tahun lalu wajahnya memang pernah ditegur mirip Amira.
- Gadis ini sudah betunang pada 22 Jun lalu dan akan dinikahkan pada Oktober tahun depan.
- Najwa sebak menonton majlis resepsi Fattah-Amira dan berharap orang ramai tidak terlalu membandingkan dia dengan artis itu.
Dalam pada itu, Najwa yang sudah bertunang pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 22 Jun lalu, berkata keluarganya turut terhibur melihat dia menjadi perhatian ramai sejak Fattah dan Amira berkahwin.
"Kawan-kawan pun ada komen dan hubungi saya dekat WhatsApp memaklumkan saya dah viral. Saya okay saja, sebab kebanyakannya mendoakan yang baik-baik," katanya yang tidak pernah bersua muka dengan Amira.
Najwa terhibur membaca komen netizen mengenai wajahnya yang disamakan dengan Amira.
Mengenai majlis perkahwinan Fattah dan Amira itu, Najwa berkata dia turut berasa sebak melihat pasangan itu akhirnya disatukan dalam majlis yang diadakan di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor pada Ahad.
"Saya tengok live mereka kahwin semalam. Saya teruja sampai menangis. Saya rasa bahagia apabila pasangan ini berjaya disatukan. Pakaian yang Amira pun cantik.
"Tapi saya belum ada rancangan lagi untuk pakaian pada hari bahagia saya nanti. Lagi pula saya bukan jenis memilih, jadi mana yang saya rasa cantik nanti saya pakai je," jelasnya.