suria

Menyampah rakan suka ajak 'lunch' luar tapi asyik tumpang kereta orang, beri bermacam alasan tak masuk akal

Makan tengah hari bersama menjadi antara rutin normal dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan

RAGAM rakan sekerja di pejabat memang pelbagai dan sukar diduga.

Ada yang menyenangkan, ada juga yang tanpa sedar boleh menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakan-rakan lain.

Di laman Threads, seorang individu berkongsi pengalamannya berdepan dengan sikap rakan sekerja yang disifatkan tidak mempunyai 'common sense' apabila gemar mengambil kesempatan setiap kali keluar makan tengah hari. 

Kita perlu menjaga adab apabila menumpang kereta rakan. -Gambar hiasan

"Dulu masa saya kerja office, ada seorang rakan perempuan ni suka ajak kitaorang keluar lunch dekat luar. 

"Ya menyeronokkan pada awalnya hinggalah kami sedar yang tak pernah langsung guna kereta dia walau sekali. Mesti kami yang diajak ni je kena rotate kereta.

"Pernah sekali saya cakap je nak naik kereta dia, terus dia cakap, minyak tak ada... Dan kelakarnya, dia suruh naik kereta saya. Saya beri alasan yang sama... dia cakap minyak boleh isi. Nak carut tapi kena sabar," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Senior busuk hati ajak satu pejabat ‘pulau’ pekerja wanita baharu, tercabar ‘saham’ jatuh... Tak sedar diri dah bersuami!

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja suami tunjuk ciri-ciri ‘penyondol’, tak malu ajak sarapan berdua! Siap bergambar nampak macam tengah ‘dating’

Disebabkan enggan terus terjebak dalam 'drama' yang boleh menimbulkan sakit hati, individu ini akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai rakan-rakannya makan tengah hari di luar. 

Tambahnya lagi, dia bukan sejenis yang berkira namun baginya adalah penting untuk bersikap saling tolak ansur dan mempunyai common sense agar hubungan sesama rakan sekerja kekal harmoni.

  • Seorang individu kongsi pengalaman rakan sekerja yang suka ajak keluar lunch tetapi tak pernah tawar guna keretanya sendiri.

  • Apabila diminta guna keretanya, rakan tersebut memberikan pelbagai alasan.

  • Individu tersebut akhirnya memilih untuk makan seorang diri untuk elak rasa sakit hati.

  • Dia menegaskan pentingnya sikap tolak ansur dan common sense dalam menjaga hubungan sesama rakan sekerja.

  • Netizen bersetuju dengan tindakannya dan menyarankan supaya berani menegur jika ada rakan ambil kesempatan.

"Tak kisah pun nak naik kereta orang, tapi ada common sense lah. 

"Kalau asyik kereta orang tu je sepanjang minggu naik, bayarkan minyak dia, belanja makan ke atau paling kurang bagi orang tu yang tentukan nak makan mana," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendekatan yang diambil individu berkenaan agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan konflik atau drama di tempat kerja.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Malah ada yang menyarankan supaya mereka yang berdepan pengalaman serupa untuk berani meluahkan teguran supaya pihak terlibat sedar akan sikap sedemikian menyinggung perasaan orang lain.

"Member aku, akak-akak office guna kereta dia sahaja. Alasan, kereta akak ada carseat, kereta kau takde, kau kan belum kahwin

"Sebab tu saya tak suka lunch ramai-ramai, lagi suka lunch sorang-sorang. Lantaklah orang nak panggil kera sumbang," komen netizen. 

Artikel Lain