suria

Baru 4 hari meninggal, adik beradik arwah ibu gelojoh berebut tanah... Makcik pula sentap tak diupah jadi katerer majlis tahlil

Perebutan harta pusaka boleh menjadi punca perbalahan dalam keluarga. -Gambar hiasan

KEMATIAN seorang ibu sepatutnya membuatkan keluarga lebih bersatu hati.

Namun berbeza pula bagi lelaki ini yang berkongsi kisah duka, tercetus gara-gara perebutan harta pusaka.

Kisah bermula apabila adik beradik arwah ibunya datang ke rumah untuk menuntut sijil kematian bagi menguruskan tanah pusaka di kampung.

Harta pusaka perlu dibahagikan secara adil. -Gambar hiasan

"Saya rasa terkilan bila arwah mak meninggal. Pada hari keempat, adik beradik arwah mak datang ke rumah nak ambil surat mati.

"Mereka mahukan tanah di kampung. Katanya, arwah tak ada (harta) yang dapat dekat dia," ujarnya dalam hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, konflik keluarga turut tercetus apabila lelaki ini tidak membuat tempahan makanan daripada ibu saudaranya untuk majlis tahlil yang diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak bertelagah rebut rumah pusaka, tanah sekangkang kera... Wasiat ‘aneh’ tinggalan arwah jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: Abang maut ditetak adik kandung akibat berebut harta pusaka

Apa yang menambah luka, dia mendakwa tanah itu langsung tidak pernah dibahagikan secara adil ketika ibunya masih hidup.

"Mak saudara pula buruk-burukkan arwah mak saya. Dia pula tak puas hati sebab saya tempah makanan untuk tahlil dengan orang lain dan bukan dia.

  • Seorang lelaki berkongsi kisah perebutan harta pusaka selepas kematian ibunya.
  • Ahli keluarga arwah desak mahu sijil kematian untuk urusan tanah di kampung.
  • Konflik juga tercetus apabila lelaki itu tak tempah makanan tahlil daripada ibu saudaranya.
  • Lelaki mendakwa tanah pusaka tidak pernah dibahagi secara adil semasa ibunya masih hidup.
  • Netizen menasihatkan lelaki itu menuntut hak pusaka melalui saluran sah.

"Tanah pusaka tu banyak nama. Masa arwah mak saya masih ada, mereka adik beradik tak nak pecahkan lot tanah tu," jelasnya lagi.

Perkongsian lelaki ini mengundang rasa kurang senang netizen terhadap sikap ibu saudara pengadu.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan apa yang boleh dilakukan pengadu memandangkan dia ada hak terhadap harta pusaka itu.

Antara komen netizen di media sosial.

"Sekurang-kurangnya awak dah nampak perangai mereka. Jadi hati-hati dan jangan mudah percaya.

"Mana boleh ambil kalau nama arwah ada dalam geran. Lagipun mereka tak boleh ambil tanah tu sebab arwah ada anak. 

"Pergi minta nasihat pusaka kecil, siapkan dokumen yang patut dan lawan kalau awak di pihak yang benar," komen beberapa netizen.

Artikel Lain