suria

Pergi kedai Kelantan, isteri lihat sendiri pelayan tersengih dan menggeletis layan suami! Patutlah hari-hari tapau sarapan

Nasi kerabu merupakan menu sarapan yang popular, khususnya di restoran-restoran Kelantan. -Gambar hiasan AI

KISAH pekerja kedai makan wanita yang menggatal termasuklah dengan lelaki berstatus suami orang bukanlah perkara mengejutkan dalam masyarakat kita.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang selepas melihat aksi mesra suaminya dengan seorang pelayan wanita.

Dakwa wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga menjamu selera di sebuah restoran mengetengahkan menu dan masakan dari Kelantan.

Isteri pasti gembira jika diajak bersarapan di luar. -Gambar hiasan

"Tiga hari lepas, suami aku bawa kami sarapan dekat kedai Kelantan kegemaran dia. Kata suami aku, hari-hari dia 'tapau' sarapan dekat situ.

"Sampai je kedai, suami aku keluar dulu dan masuk ke kedai. Dari jauh awek tu tegur suami aku. Dia tanya, teh o ais macam biasa ke?

"Kemudian suami aku jawab yang dia nak makan di kedai hari ni. Lepas tu aku dan anak-anak masuk. Sikit pun awek tu tak tegur," dakwanya.

  • Seorang wanita kongsi kisahnya berkunjung ke sebuah kedai makan.
  • Dia dakwa pelayan wanita di situ terlebih mesra layan suaminya.
  • Menurut wanita itu suaminya kerap bungkus makakan dari premis itu.
  • Netizen minta wanita itu hati-hati jika tidak mahu rumah tangganya diganggu.
  • Kata netizen, kelakuan pelayan itu diibaratkan seperti 'penyondol'.

Imbasnya lagi, pelayan tersebut yang awalnya ceria terus menunjukkan wajah serius selepas menyedari kehadirannya di premis itu.

"Aku beratur (ambil makanan) belakang suami aku. Awek tu cakap dengan suami aku tersengih-sengih.

"Dia kata abang selalu bungkus, hari ni makan sini sambil tergelak. Masa dia cakap tu, muka aku serius, memandang tepat ke muka dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Paksa kita cakap bahasa dia” - Wanita pelik loghat Kelantan guna dalam urusan rasmi, 'nurse' jeling tak faham 'ubak comor'

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

"Lepas tu masa tersengih, tergelak tu dia tiba-tiba terpandang aku. Terus hilang dia punya sengih tu," ceritanya lagi.

Di ruangan komen, seorang individu mendakwa rakannya juga terpaksa menerima madu selepas suaminya kerap berkunjung ke sebuah kedai makan.

"Sis, dah red flag tu. Berhati-hati dan lakukan sesuatu. Kalau sayangkan suami dan anak-anak, slow talk dengan suami.

Nasi kerabu antara hidangan popular Kelantan. -Gambar hiasan

"Ada kawan saya terpaksa bermadu dengan pekerja kedai makan tempat suaminya selalu pergi makan," tulis individu itu.

Rata-rata netizen turut menasihati wanita itu agar berjaga-jaga demi keharmonian rumah tangganya.

"Ciri-ciri penyondol tu ada. Ciri-ciri lelaki melayan pun ada. Kenapa tak sound depan-depan je?

"Kalau aku, dah kena dah (perempuan) tu. Tambah-tambah kalau perempuan Kelantan, lagi la," tulis netizen.

Artikel Lain