MEROKOK di tempat awam adalah satu perbuatan yang tidak wajar, apatah lagi jika terdapat kanak-kanak di sekitarnya.
Di Thread, seorang wanita berkongsi kisahnya yang bertindak berani menegur seorang perokok ketika berkunjung ke sebuah pantai.
"Aku tengah makan dengan keluarga di tepi pantai. Tiba-tiba hidung mengesan bau rokok. Lepas toleh, lelaki dekat belakang aku bersantai hisap rokok.
Ramai perokok tidak endah nasihat kerana ketagih dengan nikotin. -Gambar hiasan
"Tapi malangnya aku tak dapat tahan. Aku bergegas bangun sambil merengus. Mak aku tanya kenapa. Aku dengan kuat menjawab yang ada orang tengah merokok.
"Terus orang tu bangun dari kerusi dan (buat-buat) teriak nama anak dia dan dapatkan anaknya yang sedang main pasir," imbas wanita itu.
Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa lelaki itu juga selamba membuang puntung rokok di atas pasir pantai.
- Seorang wanita berkongsi pengalaman menegur lelaki yang merokok di kawasan pantai.
- Lelaki berkenaan didakwa bukan sahaja merokok berhampiran orang ramai, malah membuang puntung rokok di atas pasir.
- Lelaki itu kemudiannya berpura-pura mencari anaknya selepas ditegur oleh wanita berkenaan.
- Netizen lain turut meluahkan pengalaman serupa apabila perokok berani merokok di kenduri walaupun ada kanak-kanak dan wanita hamil.
- Rata-rata warganet mengecam sikap perokok yang dianggap mementingkan diri serta tidak menghormati orang sekeliling.
"Lepas tu dia tak merokok dah sebab anak dia ada dekat tepi. Orang yang merokok ni memang jahat dan pentingkan diri.
"Maaflah. Kalau sayang ahli keluarga, dia tak merokok. Orang merokok memang aku tak kompromi," tulis wanita itu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku di sebuah kenduri.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikelilingi ramai perokok, wanita tak merokok tanggung derita 4 kali paru-paru kena tebuk
ARTIKEL BERKAITAN: Dah la merokok, samseng pula! Lelaki nekad belajar Muay Thai, nyaris dibelasah perokok 'sentap' kena tegur
"Saya pergi kenduri saudara. Ya Allah, tak berhenti orang merokok bawah khemah makan. Saya ni tengah suap anak umur dua tahun dan empat tahun.
"Saya juga hamil lapan bulan. Selamba je orang semeja dengan saya merokok. Saya buat-buat batuk, tutup muka dengan tisu, tetap tak jalan," cerita wanita itu pula.
Kawasan pantai sepatutnya menjadi ruang selamat untuk aktiviti keluarga. -Gambar hiasan
Rata-rata komen yang lain turut mengecam golongan perokok dan menyifatkan mereka sebagai individu tidak bertanggungjawab.
"Dah la busuk, lepas tu buang puntung rokok merata. Kenapa tak kunyah je puntung rokok tu?
"Pernah 'jeling maut' dekat seorang perokok. Lepas dia perasan, baru gelabah pijak-pijak rokok bagi padam api," kongsi beberapa netizen.